Page 104 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 104
4.2 Hukum Surd
Inkuiri 3 Berkumpulan
Tujuan: Mengenal surd
Arahan:
1. Perhatikan rajah di sebelah.
2. Tanpa menggunakan kalkulator, cari nilai kos θ dan beri 3 cm 2 cm
a
jawapan dalam bentuk , dengan a dan b ialah integer.
b
3. Bincangkan hasil dapatan kumpulan anda.
Kita sering berhadapan dengan masalah seperti di atas. Bagaimanakah masalah yang
BAB 4 melibatkan surd boleh diselesaikan? Mari kita teroka.
Membanding beza nombor nisbah dan nombor tak nisbah serta
menghubungkaitkan surd dengan nombor tak nisbah
Anda telah mempelajari nombor nisbah, iaitu nombor yang boleh diungkapkan dalam
a
bentuk , dengan keadaan a dan b ialah integer dan b ≠ 0. Nombor nisbah juga boleh ditulis
b
1
dalam bentuk perpuluhan seperti = 0.3333… Apakah perkaitan antara nombor nisbah
3
dengan nombor tak nisbah?
Inkuiri 4 Berkumpulan PAK-21
Tujuan: Mencari hubung kait antara surd dan nombor tak nisbah
Arahan:
1. Imbas kod QR atau layari pautan di sebelah.
2. Layari Internet untuk mendapatkan maklumat tentang surd.
3. Gunting semua kad nombor yang disediakan dan tampal pada jadual bit.ly/2DmtH9b
mengikut pengelasan yang betul seperti contoh yang berikut.
Nombor tak nisbah
Nombor nisbah
Surd Bukan surd
0.333333…
4. Tukarkan semua nombor perpuluhan pada kad nombor tersebut kepada pecahan.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
5. Setiap kumpulan akan bergerak ke kumpulan lain untuk melihat hasil kerja
yang dihasilkan.
6. Bincang bersama dengan ahli kumpulan berkenaan hasil kerja kumpulan lain.
96 4.2.1

