Page 229 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 229
Vektor
8.2 Penambahan dan Penolakan Vektor
Membuat penambahan dan penolakan vektor bagi menghasilkan
vektor paduan
Inkuiri 2 Berpasangan PAK-21
Tujuan: Mengenal vektor paduan
Arahan:
1. Perhatikan peta di sebelah.
2. Dayang, Mia, Tan dan Ranjit bercadang
ingin bertemu di pasar mini.
3. Lakarkan laluan yang boleh diambil
oleh mereka dengan mengambil kira
titik awal dan titik terminal serta arah
yang diikuti.
4. Apakah yang dapat anda katakan
tentang laluan yang dilalui oleh mereka?
Hasil daripada Inkuiri 2, didapati bahawa lakaran bagi laluan Lakaran laluan Ranjit
yang dilalui oleh mereka menghasilkan sesaran yang merupakan
suatu vektor paduan. Vektor paduan ialah vektor tunggal yang
terhasil daripada penambahan beberapa vektor. Vektor paduan Jalan SBBC7
Berikut merupakan beberapa kes yang melibatkan vektor paduan.
Jalan Sungai Limau
Kes 1 Penambahan dan penolakan vektor selari
A Penambahan dua vektor selari
4a + 5a = 9a BAB 8
+ = ∼ ∼ ∼
4a 5a 9a 9a = 4a + 5a
~ ~ ~ ∼ ∼ ∼
B Penolakan dua vektor selari
7b 7b – 4b = 7b + (– 4b) = 3b
~ 4b ∼ ∼ ∼ ∼ ∼
~ 3b = 7b – 4b
3b ∼ ∼ ∼
– = ~
Jika vektor a selari dengan vektor b, maka a – b = a + (–b).
∼ ∼ ∼ ∼ ∼ ∼
8.2.1 221

