Page 109 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 109

kerana wabak penyakit bawaan air dan makanan juga boleh berlaku akibat kecuaian manusia
           (Howes et al. 1996).

                  Di Kolej Komuniti Sik, enrolmen pelajar meningkat dengan dua kali sesi pengambilan
           setiap tahun.  Ini bermakna pelajar-pelajar ini cenderung  memilih  bidang pemprosesan
           makanan sebagai tiket permulaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar. Oleh itu,
           kami sebagai pensyarah bidang mesti menyiapkan sediakan pelajar ini supaya berpengetahuan
           dan bersedia menghadapi kehendak industri makanan di luar sana.




           5. METODOLOGI


                  Kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti Sik melibatkan kesemua pelajar iaitu 94
           orang pelajar yang mengambil bidang Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan sebagai
           subjek teras mereka. Oleh kerana, populasi pengendali makanan dalam bilangan yang kecil,
           kesemua pelajar dipilih untuk menjadi responden borang kaji selidik.

           5.1 BORANG KAJI SELIDIK

                  Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan
           kebersihan  dan keselamatan semasa menjalani kelas amali melalui borang kaji selidik.
           Terdapat dua seksyen dalam borang ini iaitu seksyen (a) demografi responden dan seksyen (b)
           amalan baik pengendali makanan.

                  Bahagian pertama mengandungi soalan demografi responden seperti jantina, umur,
           bangsa, tahap pendidikan, pengalaman, suntikan anti-tifiod dan penyertaan dalam kursus
           Latihan Pengendali Makanan.

                  Bahagian kedua, terdapat 4 soalan utama yang diajukan kepada responden iaitu
           amalan kebersihan diri ketika pengendalian makanan, amalan pengendalian yang bersih dan
           selamat, amalan penyediaan, pembungkusan, penghidangan dan penyimpanan yang bersih
           dan selamat serta elemen terakhir berkaitan amalan kebersihan di makmal. Terdapat 23 item
           soalan dimana responden perlu  memberi  skala  markah pada setiap  soalan.  Setiap  soalan
           diberi skala Likert 5 mata, contoh mata 1 = sangat tidak setuju, mata 2 = tidak setuju, mata 3
           = kurang setuju, mata 4 = setuju dan mata 5 = sangat setuju.

                  Selepas kajian dijalankan, peringkat skala Likert dari mata 1 sehingga 5 diringkaskan
           seperti Jadual 1. Ringkasan ini dibina bagi memudahkan pengiraan sampel bagi 23 item tadi.

                                     Jadual 1: Pemeringkatan Skala Likert

                        Skor Asal [7]                    Skor               Skala Pemeringkatan

                                                                            (selepas diubahsuai)
              Sangat Tidak Setuju / Tidak Setuju        1 dan 2               Tidak setuju (TS)
                        Kurang Setuju                      2                 Kurang setuju (KS)
                    Setuju/ Sangat Setuju               4 dan 5                  Setuju (S)


                                                       107
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114