Page 74 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 74

5.0 CADANGAN
                  Untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti program myKKSIK,  beberapa perkara perlu diberi
           tumpuan. Antara cadangan yang boleh dikemukakan adalah:

           a)     Mengadakan program jangka pendek yang berimpak tinggi.
           Pihak kolej komuniti boleh menganjurkan kursus-kursus pendek yang berimpak tinggi, sebagai contoh
           kursus-kursus yang sangat di perlukan di industri dan pihak kolej komuniti berkolaborasi dengan industri
           tersebut. Pihak industri mendapat keuntungan dari segi latihan kepada pekerja dan boleh menjadikan
           kursus jangka pendek ini sebagai satu platform peluang pekerjaan.
           b)     Promosi berterusan
           Digalakkan kepada pihak Kolej Komuniti menjalankan promosi secara berterusan melalui program sedia
           ada (kursus pendek, program Jom Masuk Kampung, program kolaborasi)  dan melalui  media sosial.
           Tindakan ini akan memberi impak dari segi kesedaran komuniti terhadap program myKKSIK.
           c)     Program kemasyarakatan
           Mengadakan  program-program kemsayarakatan  yang  melibatkan  komuniti  setempat, sebagai
           contoh Program Jom Masuk Kampung, Program Hari bersama Komuniti, Program Gotong Royong,
           Program Hari Sukan bersama Komuniti dan lain-lain  lagi. Dengan terlaksananya  program seperti ia
           mampu meningkatkan penglibatan ahli-ahli myKKSIK dan komuniti setempat yang lain serta mampu
           memperkasakan lagi sosiobudaya dikalangan masyarakat setempat.



            5.1   KESIMPULAN
                  Kesimpulannya, program myKKSIK ini mempunyai sebab yang kuat untuk dilaksanakan oleh
             Kolej Komuniti Sik.  Pelaksanaan program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
             masyarakat setempat dengan pihak kolej selain daripada memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

                  Pengalaman seumpama ini tidak akan diperolehi secara teori.  Program ini secara tidak langsung
             akan membantu sosio-ekonomi masyarakat setempat yang rata-rata adalah suri rumah dan tidak
             mempunyai  pendapatan  tetap. Program ini juga bakal mendapat  tempat di kalangan  penduduk
             setempat kerana kami sentiasa menawarkan input-input yang menarik.

                  Semoga program ini dapat membantu komuniti dalam memajukan diri dan kami sedaya upaya
             meneruskan usaha murni berkhidmat kepada masyarakat. Selain itu diharap dengan adanya program
             ini sedikit sebanyak membantu kami menyebar luaskan perkhidmatan yang ada di kolej.





           RUJUKAN

            https://www.scribd.com/doc/26359617/Metodologi-Kajian

            Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti,
            Kementerian Pendidikan Malaysia (Mohd Faizullah Bin Mohamed, Badaruddin Bin Ibrahim, Norlida Binti
            Shaari)

            Lim, Chong  Lim, Saat Md  Yasin,  Bakhtiar  Mansor, Abdul  Rashid  Johar, Mohd  Kidin  Sharan, Abdul
            Razak Habib, Alias Mohd Yatim, dan Nor Azizah Saleh, (2005). “Module School Based Research.” Kuala
            Lumpur: Open University Malaysia.

            Creswell, J.W.(2005). “Educationalresearch:  Planning,  conducting  and evaluating quantitative and
            qualitativer research” (2nd ed.), Upper Saddle River, N.J.: Pearson Merrill Prentice Hall.



                                                       72
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79