Page 105 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 105

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            5.3    Tindakan Yang Dijalankan


            Oleh hal yang demikian, kaedah Nota Pelik dan Unik diguna pakai mulai pertengahan bulan
            Januari sehingga tamat Semester Dua 2018. Pengkaji telah memperkenalkan Nota Pelik
            dan Unik yang terdiri daripada 25 perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar dengan
            disampaikan dalam perkataan yang unik, efektif dan singkat misalnya, ‘semua lukisan
            terdiri daripada 1 dan C’, ‘main golf’, ‘anggap bogel’, ‘tekan & lepas’ dan ‘kepung’. Pengkaji
            memperkenalkan satu atau beberapa perkara tersebut pada setiap kali sesi PdPc. Pengkaji
            akan memerhatikan perubahan tingkah laku dan tahap penerimaan pelajar terhadap isi
            pelajaran. Hasil kerja juga dinilai dari semasa ke semasa.


            5.4    Pelaksanaan Kajian


            Hasil dapatan kajian mendapati tempoh masa untuk menyiapkan tugasan dapat disingkatkan
            dengan ketara. Merujuk pada jadual di bawah didapati secara puratanya pelajar dapat
            menjimatkankan sebanyak 20 minit bagi tugasan yang diberikan.


                     Jadual 5.1 Tempoh Masa dalam Menyiapkan Tugasan yang Diberikan


             Kaedah                                                         Masa

             Kaedah Konvensional                                             60 minit
             (mengikut pengalaman serta kaedah biasa yang diketahui dan dipilih
             oleh pelajar serta guru)

             Kaedah Nota Pelik dan Unik                                     40 minit

             Perbezaan                                                      20 minit


            Kepuasan pelajar yang dinilai secara pemerhatian mendapati majoriti pelajar amat positif
            iaitu seramai 10 pelajar (71.42%) menyatakan amat suka akan kaedah ini dan diikuti oleh
            seramai 3 pelajar (21.43%) pada tahap suka. Hanya seorang yang menyatakan perasaan
            tidak suka.



















      104    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110