Page 104 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 104

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            3.2    Objektif Khusus


            Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
            3.2.1   Menguasai 25 perkara penting dalam Nota Pelik dan Unik dengan baik.
            3.2.2   Membina keyakinan diri serta keseronokan belajar dalam kalangan pelajar semasa
                   proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
            3.2.3   Menjimatkan masa proses melakar dan melukis.
            3.2.4   Mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar, Semester Dua 2018.



            4.0    KUMPULAN SASARAN


            Pengkaji menyasarkan kajian ini terhadap kumpulan pelajar tingkatan 6FGS2 dan 6EPS2
            yang  terdiri daripada 14  orang  pelajar iaitu 4  orang  lelaki dan  10 orang  perempuan.
            Kumpulan ini telah mengambil mata pelajaran Seni Visual dalam peperiksaan STPM 2018.



            5.0    PELAKSANAAN KAJIAN


            5.1    Tinjauan Masalah


            Dari aspek pengumpulan maklumat kajian, pengkaji memperoleh maklumat melalui
            pemerhatian, temu bual, analisis dan semakan dokumen (latihan atau tugasan) responden
            yang  terbabit.  Pengkaji  telah  melakukan  pemerhatian  hasil  karya  pelajar  sebelum  dan
            selepas mengaplikasikan kaedah baharu yang diterapkan. Pemerhatian tentang sikap
            pelajar juga dilakukan untuk menentukan sama ada berasa gembira dan seronok atau
            sebaliknya  semasa  proses  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  dijalankan.  Semakan
            tugasan dilakukan dari semasa ke semasa dengan meminta pelajar mencatat bilangan
            latihan pelajar pada setiap tugasan yang diberikan bagi memudahkan pengkaji melihat
            tahap  perkembangan  dan  penguasaan  pelajar. Analisis  peperiksaan  sebenar  Semester
            Dua dijalankan dengan melihat pencapaian dari segi kuantiti (peratus kelulusan) dan kualiti
            (gred).


            5.2    Analisis Tinjauan Masalah


            Analisis tinjauan masalah mendapati tugasan awal yang diberikan, hasilnya amat
            mengecewakan  dan  mutunya  pada  tahap  kritikal.  Sebagai  contoh,  perhatikan  latihan  4
            pelajar V, latihan 5 pelajar P, latihan 3 pelajar M dan latihan 5 pelajar N. Hasil temu bual
            mendapati, beberapa orang pelajar mengaku tidak mampu menghasilkan garisan lurus
            secara spontan tanpa bantuan pembaris.




                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  103
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109