Page 117 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 117
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal, kebanyakan pelajar tidak dapat menjawab latihan yang
diberikan dengan baik. Hal ini mendapati bahawa para pelajar agak lemah, khususnya
kemahiran asas tatabahasa Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar
tidak berasa seronok dan kurang terdorong untuk menguasai isi pelajaran disebabkan
oleh tanggapan awal yang mengatakan subjek ini susah untuk dikuasai. Oleh itu, pengkaji
berasa bertanggungjawab dalam mendidik para pelajar dengan mengubah tanggapan ini
dengan menghasilkan satu pembelajaran yang lebih mudah dan menyeronokkan. Untuk
mengatasi masalah ini, perisian "e-rapsimus" telah diperkenalkan.
Antara kelebihan pembelajaran berbantukan perisian ini ialah:
i. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan,
ii. Mengandungi kata kunci tatabahasa yang ringkas dan mudah difahami,
iii. Memudahkan guru dalam melaksanakan PdP berkesan, mudah dicapai dan
disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran,
iv. Mengandungi nota yang mudah, lengkap dan diyakini,
v. Nota grafik yang disediakan dalam bentuk paparan yang mudah difahami dan
menarik,
vi. Nota disediakan dalam bentuk buku dan e-buku,
vii. Set soalan yang disediakan berkonsepkan KBAT,
viii. Soalan yang diuji juga diberikan markah penilaian dan boleh dicetak,
ix. Pembelajaran interaktif ini juga dilengkapi dengan penerangan secara audio,
x. Melalui pendekatan pembelajaran didik hibur, perisian ini disertakan dengan video
dan lirik lagu yang dicipta khas,
xi. Aktiviti pembelajaran boleh dilakukan secara berulang.
5.4 Pelaksanaan Kajian
Perisian "e-rapsimus" telah diperkenalkan secara berperingkat setelah praujian
dilaksanakan. Perisian ini dilaksanakan secara efektif terhadap pelajar. Penggunaan
"e-rapsimus" ini boleh dilaksanakan mengikut topik yang telah disediakan. Setiap topik yang
disediakan dilengkapi dengan set induksi dan latihan pemantapan. Contoh pembelajaran
berbantukan perisian "e-rapsimus":
a. Pemilihan tajuk pembelajaran,
b. Set induksi berkesan,
c. Pembelajaran berbantukan e-buku dan lembaran nota e-grafik yang menarik,
d. Pengukuhan melalui kuiz interaktif,
e. Sijil penghargaan setelah berjaya menamatkan modul pembelajaran.
116 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

