Page 139 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 139

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            5.5    Refleksi Kajian


            5.5.1   Penilaian Pencapaian Pelajar


                              Jadual 5.2 Markah Pelajar dalam Ujian Topikal 2


                                                Elemen Rubrik
             Pelajar (Responden)                                                Jumlah
                                  Pengetahuan      Taakulan     Komunikasi
                                       dan                                      Markah
                                    kefahaman
                  Pelajar 1             5              4             4             13

                  Pelajar 2             4              3             3             10

                  Pelajar 3             4              3             3             10
                  Pelajar 4             4              3             2             9

                  Pelajar 5             6              4             4             14


            Berdasarkan keputusan Ujian Topikal 2, terdapat peningkatan dalam jawapan esei pelajar
            berbanding Ujian Topikal 1. Kesemua struktur esei yang dihasilkan oleh mereka adalah
            lengkap dengan pengenalan,  isi dan kesimpulan walaupun  terdapat kelemahan dalam
            memahami kehendak soalan iaitu apabila 4 daripada 5 orang pelajar tidak mengutarakan
            konsep sebagai  isi. Kelemahan  masih dikesan pada huraian  kerana isi sokongan
            masih belum mencukupi  dan kurang  mantap.  Secara keseluruhan,  kesemua  pelajar
            dapat mengutarakan fakta,  huraian dan contoh dalam setiap isi yang berkaitan ciri-ciri
            masyarakat Arab Jahiliah dengan masyarakat Arab selepas kedatangan Islam.  Secara
            keseluruhannya, penggunaan peta minda yang diberi nama PeMindaKu dapat menarik
            perhatian  pelajar dan sekali gus mengekalkan  ingatan pelajar  dalam  mata pelajaran
            Sejarah Islam.  Hal ini dapat diperhatikan apabila pelajar dapat menjawab soalan yang
            diuji setelah mempraktikkan atau mengaplikasikan penggunaan PeMindaKu.


            Seterusnya, pencapaian  pelajar juga dapat dinilai  dengan keputusan Ujian Progresif.
            Berikut adalah jadual bagi keputusan ujian tersebut.















      138    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144