Page 154 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 154

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            Perbandingan gred pelajar di dalam pascaujian dan praujian juga dibuat untuk meninjau
            sejauh  mana keberkesanan  dan impak aplikasi  teknik ‘TODA’ terhadap  pelajar  dalam
            kemahiran pengenalpastian formula struktur sebatian organik. Berdasarkan perbandingan
            yang dibuat, gred keputusan  pelajar  di dalam pascaujian juga  meningkat  berbanding
            praujian. Seramai 6  orang pelajar telah lulus penuh dengan memperoleh gred C  dan
            ke atas dalam  pascaujian  berbanding  hanya  seorang  sahaja  pelajar  yang lulus  penuh
            dalam praujian. Ini menunjukkan  peningkatan  lulus penuh  sebanyak  50% berbanding
            sebelumnya. Bilangan pelajar yang gagal, iaitu memperoleh gred F di dalam pascaujian
            juga  telah menurun sebanyak  40%, iaitu seramai  2 orang pelajar  di dalam  pascaujian
            berbanding 6 orang di dalam praujian.


            Berdasarkan skrip jawapan 2 orang pelajar yang masih mendapat gred F di dalam pascaujian,
            didapati bahawa kesilapan mereka di dalam menimbangkan faktor keisomeran di dalam
            maklumat soalan yang diberikan telah menyumbangkan kepada kegagalan mereka untuk
            menulis formula struktur yang tepat. Justeru, latih tubi yang lebih ditumpukan di dalam
            menulis deduksi diberikan kepada golongan pelajar ini agar kemahiran mengenal pasti
            formula struktur sebatian organik mereka lebih mantap dan dapat melonjakkan keputusan
            gred yang lebih baik  dalam peperiksaan Kimia STPM Semester 3 2018.


            5.5.2   Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
            Sepanjang  kajian ini dijalankan, pelbagai  pengalaman  yang telah pengkaji  lalui
            terutamanya semasa PdPc. Selepas kajian, pengkaji dapat melihat perubahan yang ketara
            pada  pelajar  dari segi pencapaian  dan emosi. Selain  daripada  peningkatan  keputusan
            pelajar di dalam pascaujian, pelajar juga telah menunjukkan peningkatan mutu jawapan
            terhadap soalan melibatkan  pengenalpastian  formula struktur sebatian yang diberikan
            melalui tutorial selepas pascaujian diberikan, yang mana mereka telah berjaya menulis
            deduksi yang tepat bagi pemerhatian yang diberikan dan sekaligus telah berjaya menulis
            formula struktur sebatian dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar di
            dalam  mengenal  pasti formula  struktur telah  meningkat  dan  kemahiran  mengenalpasti
            formula struktur sebatian organik juga telah meningkat setelah teknik ‘TODA’ dipekenalkan
            kepada para pelajar. Melalui temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan, para pelajar
            memaklumkan  bahawa  pengaplikasian  teknik ‘TODA’ telah membantu  mereka untuk
            memahami maklumat-maklumat kompleks yang diberikan di dalam soalan dan seterusnya
            membantu untuk mengenalpasti formula struktur sebatian organik yang diberikan. Mereka
            tidak lagi merasakan soalan esei berbentuk pengenalpastian kumpulan berfungsi sebatian
            organik merupakan soalan yang sukar, malah mereka berasa seronok dan lebih cenderung
            untuk memilih  soalan  berbentuk  kemahiran  ini berbanding  soalan  lain. Justeru, dapat
            pengkaji rumuskan di sini bahawa teknik ‘TODA’ yang diperkenalkan bukan sahaja telah
            membantu meningkatkan  kemahiran mengenal  pasti formula struktur sebatian organik,
            malah telah mengubah  persepsi  pelajar  terhadap bidang  Kimia Organik yang mana
            sebelum ini dianggap sebagai amat sukar dan mencabar.



                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  153
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159