Page 151 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 151

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            pelajar di dalam pengolahan deduksi pemerhatian bagi memastikan semua pelajar dapat
            mengenal pasti formula struktur sebatian organik yang diberikan dengan betul.


            5.4.3   Pelaksanaan Aktiviti 3
            Guru bersama-sama pelajar membincangkan  gambar  rajah skema tindak balas  yang
            telah dihasilkan oleh setiap kumpulan setelah deduksi-deduksi yang tepat dianalisis dan
            seterusnya membincangkan formula struktur sebatian-sebatian organik yang diberikan.

            Pemerhatian (bertarikh 26 September 2018)
            Peristiwa     :
            Semua kumpulan didapati tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan gambar rajah
            skema tindak balas yang sesuai. Namun begitu, masalah  yang dihadapi  oleh pelajar
            adalah untuk menulis formula struktur sebatian-sebatian organik yang tepat. Pelajar perlu
            dibimbing perlahan-lahan oleh guru untuk mengaitkan deduksi yang dibuat bagi menulis
            formula struktur sebatian. Setelah perbincangan dibuat, semua pelajar memahami dan
            dapat menulis formula struktur sebatian organik yang diberikan.  Secara keseluruhan,
            semua  kumpulan  telah  memahami  bagaimana  teknik ‘TODA’ dapat  diaplikasikan  bagi
            meyelesaikan masalah yang diberikan.


            Refleksi
            Aktiviti ini menuntut aras pemikiran yang lebih tinggi berbanding aktiviti sebelumnya. Para
            pelajar mengambil masa yang agak lama untuk mentafsir maklumat dan ini dilihat menjadi
            faktor kepada  keperluan  pelajar untuk dibimbing  secara  perlahan-lahan  daripada  guru.
            Latih tubi yang lebih banyak diperlukan oleh pelajar untuk memahiri kemahiran ini.

            5.4.4   Pelaksanaan Aktiviti 4
            Pelajar  berbincang  di dalam kumpulan  untuk menyelesaikan  satu soalan  esei
            pengenalpastian  formula struktur  sebatian-sebatian  organik dengan menggunakan
            teknik ‘TODA’. Setiap kumpulan diberikan soalan esei yang berbeza dan diminta untuk
            membentangkan  hasil tugasan masing-masing  dengan  menggunakan  hasil yang telah
            ditulis di atas kertas mahjong sebagai alat sokongan pembentangan. Setiap kumpulan
            diberikan 20 minit untuk menyelesaikan masalah yang diberikan sebelum pembentangan
            dijalankan.


            Pemerhatian (bertarikh 4 Oktober 2018)
            Peristiwa     :
            Setiap ahli di dalam kumpulan mengambil bahagian secara aktif dan saling bekerjasama
            semasa  perbincangan  dan  pembentangan  dijalankan.  Semua  kumpulan  dilihat
            mengaplikasikan semua langkah dalam teknik ‘TODA’ untuk menyelesaikan masalah yang
            diberikan. Mereka berupaya untuk menghasilkan jawapan yang diperlukan dalam tempoh
            masa yang diberikan dan dilihat seronok menulis jawapan mengikut kreativiti masing-



      150    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156