Page 149 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 149
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
Jadual 5.3 Langkah-langkah untuk mengenal pasti formula struktur sebatian organik
melalui teknik ‘TODA’ secara kolaboratif berdasarkan 4 aktiviti yang dijalankan
Aktiviti Langkah-langkah Mengenal Pasti Formula Struktur Sebatian Organik
melalui Teknik ‘TODA’
Aktiviti 1 Pelajar-pelajar diagihkan kepada tiga kumpulan dan semua kumpulan
diberikan satu soalan esei pengenalpastian formula struktur sebatian-
sebatian organik yang sama beserta dengan arahan teknik penyelesaian
yang perlu pelajar ikuti untuk menyelesaikan soalan esei tersebut. Selepas
30 minit, semua kumpulan diminta untuk membentangkan modul jawapan
yang dihasilkan. (Lampiran 2)
Aktiviti 3 Guru bersama pelajar membincangkan gambarajah skema tindak balas yang
dihasilkan daripada deduksi-deduksi yang telah dianalisis dan seterusnya
formula struktur sebatian-sebatian organik yang telah dikenal pasti.
Aktiviti 4 Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan satu soalan
esei pengenalpastian formula struktur sebatian-sebatian organik dengan
menggunakan teknik TODA. Setiap kumpulan diberikan soalan esei yang
berbeza. Hasil perbincangan kumpulan akan dibentangkan di hadapan
kelas. Pelajar dibekalkan dengan kertas mahjong dan pen marker yang
berwarna-warni untuk menghasilkan tugasan yang diberikan. (Lampiran 3)
5.4 Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Aktiviti ini dijalankan setelah sukatan pelajaran Kimia Organik Semester 3 dilengkapkan.
Pelajar diagihkan kepada 3 kumpulan. Setiap ketua kumpulan merupakan pelajar yang
dipilih oleh guru. Setiap kumpulan menerima satu soalan esei pengenalpastian formula
struktur sebatian-sebatian organik yang sama dan dikehendaki menyelesaikan soalan esei
yang diberikan dengan melaksanakan arahan-arahan teknik penyelesaian yang disertakan
di dalam helaian soalan. Modul jawapan yang dihasilkan hendaklah ditulis pada kertas
mahjong yang dibekalkan. Selepas 30 minit, semua kumpulan diminta membentangkan
modul jawapan yang dihasilkan. Guru menyemak modul jawapan setiap kumpulan.
Pemerhatian (bertarikh 24 September 2018)
Peristiwa :
Semua pelajar dilihat saling bekerjasama dalam kumpulan. Pada mulanya, pelajar kelihatan
seperti menghadapi masalah untuk memahami soalan. Namun, setelah meneliti arahan
teknik penyelesaian yang digariskan di dalam helaian soalan, semua kumpulan mula
mendapat rentak dan cuba menulis jawapan penuh dalam tempoh masa yang diberikan.
Secara keseluruhan, semua kumpulan berjaya menghasilkan modul jawapan seperti yang
digariskan dalam arahan teknik, yang mengandungi langkah-langkah berikut:
148 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

