Page 150 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 150

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            Langkah 1: Cerakinkan maklumat kompleks di dalam soalan kepada maklumat-maklumat
            ringkas di dalam bentuk jadual.
            Langkah 2: Menulis deduksi bagi semua pemerhatian yang dicerakinkan di dalam jadual.
            Langkah 3:  Menghasilkan  gambarajah  skema tindak balas daripada penganalisaan
            deduksi.
            Langkah 4: Kenal pasti formula struktur sebatian organik.


            Refleksi
            Kelemahan untuk memahami soalan dan mentafsir maklumat menyebabkan  pelajar
            hilang punca untuk bermula dan mengakibatkan mereka kehilangan banyak masa yang
            telah diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah. Setelah meneliti arahan teknik yang
            digariskan oleh guru, pelajar akhirnya berjaya menghasilkan modul jawapan yang dapat
            menguraikan permasalahan utama yang dihadapi. Daripada modul jawapan yang telah
            dihasilkan  oleh  semua kumpulan, pengkaji  dapati  mereka berjaya  memahami  apakah
            langkah-langkah  yang perlu diambil  dalam proses untuk  menyelesaikan  masalah yang
            diberikan. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung pelajar telah mempelajari bagaimana
            teknik “TODA” diaplikasikan di dalam soalan pengenalpastian formula struktur sebatian
            organik.


            5.4.2   Pelaksanaan Aktiviti 2
            Dengan mengaitkan modul-modul jawapan yang diberikan oleh semua kumpulan di dalam
            aktiviti terdahulu, guru menerangkan kepada pelajar bahawa langkah-langkah yang telah
            dilaksanakan oleh semua kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan adalah
            berasaskan teknik ‘TODA’ (Table of Observation-Deduction & Analysis). Guru menekankan
            kepada pelajar langkah-langkah utama yang terlibat di dalam teknik ‘TODA’. Guru dan
            pelajar  membincangkan  deduksi yang dihasilkan  oleh setiap kumpulan  berasaskan
            pemerhatian-pemerhatian yang telah dicerakinkan di dalam jadual.


            Pemerhatian (bertarikh 25 September 2018)
            Peristiwa     :
            Kesemua kumpulan didapati menghadapi kesukaran untuk menulis deduksi yang tepat,
            berasaskan  pemerhatian  yang telah dicerakinkan.  Kebanyakan  deduksi dibuat secara
            umum dan tidak khusus. Terdapat juga kumpulan yang memberikan deduksi yang tidak
            tepat dan salah.


            Refleksi
            Menulis  deduksi  yang betul adalah  amat penting  bagi memastikan  maklumat yang
            digunakan untuk mengenal pasti formula struktur sebatian adalah tepat. Setelah melalui
            perbincangan yang dilaksanakan antara guru dan pelajar, mereka akhirnya memahami
            bagaimana deduksi yang tepat perlu ditulis. Untuk memantapkan lagi kemahiran menulis
            deduksi, pengkaji merasakan perlu untuk pengkaji memberi lebih banyak latih tubi kepada



                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  149
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155