Page 152 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 152

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            masing di atas kertas mahjong. Secara keseluruhannya, semua kumpulan dapat menulis
            deduksi-deduksi  yang tepat bagi  setiap soalan  yang diberikan. Dua  kumpulan  berjaya
            mengenal pasti semua formula struktur sebatian-sebatian organik dengan betul. Manakala
            satu kumpulan  lagi berjaya  menulis hampir semua formula struktur sebatian-sebatian
            organik dengan betul. Kesilapan yang dilakukan dalam menulis formula struktur sebatian
            organik berkenaan adalah disebabkan mereka tidak menimbangkan faktor keisomerisan
            sebatian organik yang wujud.

            Refleksi:
            Berdasarkan hasil jawapan yang diberikan oleh pelajar,  pengkaji yakin, teknik ‘TODA’
            telah berjaya membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran menulis formula struktur
            sebatian organik berdasarkan deduksi-deduksi  tepat  yang telah dianalisis  daripada
            pemerhatian-pemerhatian  yang dicerakinkan  di dalam jadual. Selain itu, aktiviti yang
            dijalankan  secara  kolaboratif  ini  juga  telah  mewujudkan suasana  pembelajaran  yang
            lebih seronok dan berkesan dalam kalangan pelajar kerana setiap ahli di dalam kumpulan
            dapat saling berbincang  dan membetulkan  kesilapan  yang dilakukan  oleh rakan-rakan
            di dalam kumpulan. Pelajar  tidak lagi termangu-mangu  apabila berhadapan  dengan
            soalan pengenalpastian formula struktur sebatian organik yang diberikan. Malah mereka
            diperhatikan seakan-akan ‘sedang berseronok’ di dalam proses menyelesaikan masalah
            pengenalpastian formula struktur sebatian organik.


            5.5    Refleksi Kajian


            5.5.1   Penilaian Pencapaian Pelajar

                        Jadual 5.4 Markah Keputusan Praujian dan Pascaujian Pelajar


                    Bil    Pelajar           Praujian               Pascaujian
                                       Markah       Gred        Markah       Gred
                    1        H           10           F           46           C
                    2        J           20           F           46           C
                    3        K           43           C-          41          C-
                    4        L           17           F           46           C
                    5        M           30           D           56          B-
                    6        N           17           F           21           F
                    7        P           23           F           26           F
                    8        Q           23           F           38          D+
                    9        R           43           C-          51          C+
                    10       S           67          B+           70          A-






                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  151
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157