Page 160 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 160

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

                 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA MELALUI
                TEKNIK BULB BERWARNA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI
                                PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM



                                           Jamilah binti Hanipah
                             Pusat Tingkatan Enam SMK Kubong, Limbang, Sarawak


                                               Abstrak 10

            Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan teknik Bulb Berwarna dalam proses pengajaran
            dan pembelajaran (PdP) Pengajian Perniagaan STPM. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan
            merancang teknik Bulb Berwarna yang sesuai bagi Bab Pengurusan Semester 2 Tingkatan 6S2-
            3.  Seramai 32 orang pelajar  Tingkatan 6S2-3 dipilih  sebagai responden. Pengumpulan  data
            dan maklumat dijalankan  dengan menggunakan  instrumen ujian pra,  ujian pasca, penerangan
            penggunaan Bulb Berwarna dan pemerhatian telah digunapakai dalam pelaksanaan kajian ini. Data
            yang diperoleh dianalisis menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan keputusan kajian yang
            dijalankan.  Hasil dapatan ujian pasca menunjukkan  bahawa penggunaan  teknik  Bulb  Berwarna
            dapat  meningkatkan  prestasi  pencapaian  akademik  pelajar, meningkatkan  kemahiran  mengingat
            fakta khusus, membantu  mengingat  fakta khusus dengan  mudah, menjawab  soalan  mengikut
            urutan proses perancangan yang betul dan meningkatkan perhatian pelajar dalam mata pelajaran
            Pengajian Perniagaan. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan pelajar lulus daripada 26 orang
            pelajar yang mendapat markah rendah 0-10 markah  semasa ujian pra kepada 32 orang pelajar
            yang memperoleh markah 15 hingga 20 markah semasa ujian pasca. Kesimpulannya, teknik Bulb
            Berwarna adalah berkesan dalam meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar dalam mata
            pelajaran Pengajian Perniagaan STPM Semester 2.

            Kata kunci: Teknik Bulb Berwarna, kemahiran mengingat fakta khusus, prestasi pelajar, pengajian
            perniagaan, urutan proses perancangan.



            1.0    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


            Sepanjang proses pengajaran  dan pembelajaran  (PdP)  Pengajian Perniagaan STPM
            dalam kelas, pengkaji  mendapati  masalah  utama pelajar  Tingkatan  6S2-3 ialah  tidak
            dapat mengingati  fakta khusus (soalan  berkaitan  proses atau langkah-langkah).  Dr.
            Hassan Hj. Mohd Ali (1996), menyatakan bahawa "Mengingat dan menghafal apa yang
            dipelajari adalah dua proses yang amat penting dalam pembelajaran". Pelbagai bahan
            bantu mengajar yang menarik seperti peta minda, komputer dan LCD telah digunakan
            dalam kelas bagi penerangan fakta khusus kepada pelajar. Namun, pelajar masih tidak
            dapat menguasai fakta khusus dengan baik. Perkara ini dapat dibuktikan melalui hasil
            penyemakan tugasan pelajar yang menunjukkan pelajar menghadapi kesukaran dalam
            menjawab soalan berkaitan fakta khusus (proses atau langkah-langkah) dan menjawab
            tidak mengikut urutan proses yang betul. Hal ini menyebabkan pengkaji berasa sangat
            kecewa dan sedih dengan  keputusan pelajar dan mengambil keputusan untuk bersoal
            jawab dengan pelajar mengenai masalah mereka dalam menjawab soalan latihan tersebut.
            Hasil soal jawab mendapati bahawa 26 orang pelajar daripada 32 orang pelajar tidak dapat
            mengingati fakta khusus (soalan berkaitan proses atau langkah-langkah).




                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  159
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165