Page 161 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 161

JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3

            2.0    FOKUS KAJIAN


            Hasil analisis soalan STPM tahun-tahun lepas (2013-2016), pengkaji mendapati bahawa
            soalan berkaitan proses atau langkah-langkah merupakan salah satu soalan yang ditanya
            dalam  Bahagian  B (Soalan  12 atau 13 - Soalan  pilihan)  yang  menyumbang  markah
            tinggi antara 20 hingga 25 markah. Namun masalah utama pelajar ialah kesukaran
            untuk mengingati fakta khusus dan menjawab mengikut urutan yang tidak tepat. Hal ini
            menyebabkan pelajar gagal menjawab soalan fakta  khusus  dan memperoleh markah
            rendah atau langsung tidak memperoleh sebarang markah.


            Pengkaji yakin pencapaian markah pelajar yang rendah akan dapat diperbaiki sekaligus
            membantu pelajar  mengingati fakta khusus dengan  baik sekiranya  pengkaji  dapat
            mempelbagai dan meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas.
            Hal ini disokong oleh pernyataan Gardner (1991), yang menyatakan bahawa ketidakserasian
            antara kaedah atau teknik mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan
            seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

            Bagi  membantu  pelajar  mengingati  fakta khusus  dengan  mudah,  maka pengkaji  telah
            memperkenalkan dan mengaplikasikan penggunaan teknik Bulb Berwarna dalam proses
            pengajaran  dan pembelajaran (PdP) dengan  memberi tumpuan khusus kepada Bab
            Pengurusan  - sub topik proses perancangan  organisasi. Chang,  Xu dan Watt (2018),
            menyatakan bahawa penggunaan warna-warna tertentu dapat memberikan kesan kepada
            ingatan  pelajar  terhadap  sesuatu  yang  pernah  dilihat  atau dipelajari  disamping  warna
            memudahkan pelajar untuk mengingati semula sesuatu sama ada ingatan itu disimpan
            dalam ingatan jangka pendek atau jangka panjang.




            3.0    OBJEKTIF KAJIAN

            3.1    Objektif Umum


            Meningkatkan  prestasi Pengajian  Perniagaan  STPM Semester 2 melalui  teknik Bulb
            Berwarna.


            3.2    Objektif Khusus

            3.2.1   Mengenal  pasti keberkesanan  teknik  Bulb Berwarna  dalam  meningkatkan
                   kemahiran  mengingat  fakta khusus dalam  Bab Pengurusan  - sub topik proses
                   perancangan organisasi.
            3.2.2   Meningkatkan  pencapaian  pelajar  dalam  Bab Pengurusan  - sub topik proses
                   perancangan organisasi.
            3.2.3   Mengemukakan teknik yang lebih senang dan praktikal untuk membantu pelajar
                   mengingati fakta khusus dan menjawab soalan dalam Bab Pengurusan - sub topik
                   proses perancangan organisasi.


      160    Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166