Page 162 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 162

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            4.0    KUMPULAN SASARAN


            Kajian ini melibatkan kesemua pelajar Tingkatan 6S2-3 iaitu seramai 32 orang pelajar.




            5.0    PELAKSANAAN KAJIAN


            Satu tinjauan telah dilakukan  untuk mengenal pasti masalah pelajar yang tidak dapat
            mengingati fakta khusus bagi soalan Bab Pengurusan - sub topik proses perancangan
            organisasi. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah pemerhatian dan ujian pra.


            5.1    Tinjauan Masalah


            5.1.1  Pemerhatian
            Pemerhatian  telah dilakukan  ke atas tingkah laku pelajar sebelum, semasa proses
            pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dan selepas kajian. Semasa pemberian
            latihan dalam kelas, pelajar didapati masih tidak dapat mengingati  fakta  khusus, tidak
            memberi respon dan perhatian yang baik semasa sesi  soal jawab dijalankan  dalam
            kelas. Selain itu, hasil penyemakan latihan pelajar mendapati pelajar masih tidak dapat
            mengingati fakta khusus dan tidak menjawab soalan berkenaan dengan baik (menjawab
            tidak mengikut urutan proses perancangan organisasi yang betul).


            5.1.2   Ujian Pra
            Item  ujian pra merupakan item soalan peperiksaan  tahun-tahun sebelum (2013-2016)
            iaitu soalan Bahagian B (Soalan 12 atau 13 - Soalan pilihan). Masa yang diperuntukkan
            untuk menjawab soalan tersebut adalah 45 minit dan markah yang diberikan adalah 20
            markah (Lampiran  1). Pelajar diminta  untuk menjawab  soalan  berkenaan  berdasarkan
            fakta (5 markah), huraian (10 markah) dan contoh (5 markah) yang bersesuaian mengikut
            kehendak soalan (proses perancangan organisasi).


            5.2    Analisis Tinjauan Masalah

            Satu ujian ringkas pra telah dijalankan  terhadap pelajar sebelum kajian ini dijalankan
            kepada pelajar Tingkatan 6S2-3 dengan menggunakan teknik Bulb Berwarna bagi Bab
            Pengurusan (sub topik - proses perancangan organisasi). Fokus ujian pra adalah tertumpu
            kepada soalan Bahagian B (Soalan 12 atau 13 - Soalan pilihan) yang menyumbang 20
            markah. Keputusan ujian pra pelajar dibahagikan kepada 3 bahagian utama yang terdiri
            daripada fakta, huraian dan contoh  seperti dalam Jadual 5.1 berikut :








                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  161
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167