Page 26 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 26
Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti
MENINGKATKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PdPc DAN PRINSIPAL “A”
GEOGRAFI MELALUI PENGGUNAAN MODUL “CD RAGAM SEMUT”
Mohd Nazri Bin Muhammad, Mohd Lazim Bin Mat Salleh, Shahruddin Bin Ismail,
Azli Bin Awang
Pusat Tingkatan Enam SMK Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Abstrak 2
Kajian ini untuk meningkatkan pencapaian objektif PdPc dan pencapaian prinsipal “A” Geografi
STPM abad ke 21. Kumpulan sasar dari SMK Mulong, SMK Melor, SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan
2019 berjumlah 38 orang murid. Fokus kajian tertumpu kepada kesukaran murid memahami
fenomena Geografi abstrak dan realiti dalam PdPc di bilik darjah. Tinjauan awal keputusan Geografi
STPM penggal pertama 0% tahun 2017 dan 36% purata markah ujian PdPc semasa mencetus
kajian ini. Pelaksanaan kajian menggunakan modul “CD RAGAM SEMUT” iaitu Perisian fenomena
Geografi dalam CD yang dimuatkan dengan animasi, video, maklumat dan gambar fenomena
Geografi semasa PdPc. Data kajian didapati melalui ujian pengesanan dan soal selidik kepuasan
murid sebelum dan selepas penggunaan modul “CD RAGAM SEMUT”. Dapatan selepas modul
“CD RAGAM SEMUT” meningkatkan purata markah ujian pengesanan semasa murid SMK Mulong,
Kota Bharu, Kelantan iaitu 64% dan “Ä” Geografi STPM penggal pertama 18.75% tahun 2018 dan
21% tahun 2019. Peratus purata persepsi kepuasan murid memberi respon “YA” bagi SMK Mulong
100%, SMK Melor 99%, SMK Kota 96% yang secara khusus 96.7% objektif dicapai, 100% seronok
belajar,100% mudah faham, 100% cepat faham fenomena Geografi sebenar semasa PdPc.
Kata kunci: CD RAGAM SEMUT”, Perisian fenomena Geografi STPM, PdPc Abad ke 21, ujian
pengesanan
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Refleksi PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) yang lalu sebelum menggunakan
modul “CD RAGAM SEMUT” dalam PdPc di bilik darjah telah dilaksanakan. Peperiksaan
penggal pertama Geografi STPM tahun 2017 murid SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan dan
ujian pengesanan sebelum “CD RAGAM SEMUT”. Keputusan peperiksaan Geografi STPM
penggal pertama mendapati pencapaian murid amat merosot iaitu 0%. Ujiian pengesanan
menunjukkan purata markah yang dicapai oleh murid tingkatan enam atas iaitu Ibnu Sina
1 dan Ibnu Rusyd 1 di SMK Mulong ialah 36% iaitu terendah 16% dan tertinggi 64%.
Data persepsi kepuasan murid sebelum modul “CD RAGAM SEMUT” digunakan ialah
murid SMK Mulong 100%, SMK Melor 78%, SMK Kota 60% memberi respon “YA” kepada
ketidakpuasan murid dalam PdPc di bilik darjah tanpa animasi, video, maklumat dan gambar
fenomena Geografi. Ini membuktikan kesukaran murid memahami fenomena Geografi
yang abstrak dan realiti di alam nyata. Implikasinya objektif PdPc lambat dicapai, murid
tidak seronok, lambat faham dan sukar belajar Geografi di bilik darjah. Rasa terpanggil dan
risau akan kesukaran murid memahami fenomena Geografi realiti yang abstrak mendorong
kajian ini dijalankan oleh kami.
Kementerian Pendidikan Malaysia 25

