Page 28 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 28

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            4.0    KUMPULAN SASARAN


            Kumpulan sasar yang terlibat dalam kajian ini meliputi  38 murid yang  mengambil  Geografi
            STPM tahun 2019 iaitu murid  SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan iaitu  Ibnu Sina 1  dan
            Ibnu Rusyd 1 yang terlibat sebanyak 18 orang iaitu 4 orang murid lelaki dan 14 orang murid
            perempuan terlibat dalam ujian pengesanan dan persepsi kepuasan sebelum dan selepas
            modul “CD RAGAM SEMUT”. Sementara perbandingan persepsi kepuasan melibatkan
            SMK Melor, Kota Bharu, Kelantan  10 orang  iaitu 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid
            perempuan enam atas 1.  SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan 10 orang iaitu 3 murid lelaki dan
            7 murid perempuan enam atas Adil dan enam atas Budi  sebelum dan selepas modul “CD
            RAGAM SEMUT” tahun 2019.




            5.0    PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1    Tinjauan Masalah


            Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data
            daripada murid Ibnu Sina 1 dan Ibnu Rusyd 1 seramai 18 orang murid iaitu 4 orang murid
            lelaki dan 14 orang murid perempuan SMK Mulong, Kota Bharu,  murid perempuan iaitu
            data  pencapaian  peperiksaan  Geografi  penggal  pertama  STPM  tahun  2017  dan  data
            hasil jawapan soalan pengesanan dan  soalan persepsi kepuasan PdPc sebelum modul
            “CD RAGAM SEMUT”. SMK Melor, Kota Bharu, Kelantan  10 orang  iaitu 3 orang murid
            lelaki dan 7 orang murid perempuan enam atas 1.  SMK Kota , Kota Bharu,  Kelantan 10
            orang iaitu 3 murid lelaki dan 7 murid perempuan enam atas Adil dan enam atas Budi
            hanya menjawab soalan persepsi kepuasan sebelum dan selepas modul “CD RAGAM
            SEMUT” digunakan bagi mendapatkan data persepsi kepuasan murid tahun 2019. Markah
            pencapaian murid dalam ujian pengesanan sebelum modul “CD RAGAM SEMUT” Ibnu
            Sina 1 dan Ibnu Rusyd 1 dicatat, setiap murid dikira dan purata markah kesemua murid
            dipuratakan. Kekerapan dalam setiap perkara  kepuasan dalam soal selidik  bagi  18  orang
            murid SMK Mulong, Kota Bharu, 10 orang  murid SMK Melor, Kota Bharu, 10 orang murid
            SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan dikira yang kemudiannya dihitung peratus bagi setiap
            perkara dalam soal selidik (skala Likert, 1932) tersebut dan dipuratakan peratus bagi 10
            soalan soal selidik  setiap sekolah.

            5.2    Analisis Tinjauan Masalah


            Kajian  tindakan  bertajuk  Meningkatkan  Pencapaian  Objektif  PdPc  dan  Prinsipal  “A”
            Geografi Melalui Penggunaan Modul “CD RAGAM SEMUT”. Data analisis tinjauan masalah
            kajian ini  dipersembahkan dalam bentuk jadual berkaitan dengan pencapaian murid dalam
            peperiksaan Geografi penggal pertama STPM tahun 2017, ujian pengesanan dan persepsi
            kepuasan sebelum modul “CD RAGAM SEMUT” digunakan seperti jadual 5.1, 5.2, 5.3, 5.4
            dan 5.5.


                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33