Page 27 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 27
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada kesukaran murid memahami fenomena Geografi abstrak dan
realiti dalam PdPc di bilik darjah. Daripada reflleksi pengajaran dan pembelajaran lalu,
kami mendapati pencapaian peperiksaan Geografi STPM penggal pertama tahun 2017
merosot, pencapaian objektif Pdpc lambat, murid tidak seronok, murid berasa sukar dan
lambat faham fenomena Geografi yang abstrak dan realitinya semasa PdPc di bilik darjah.
Mereka tidak dapat bayangkan bagaimana berlaku proses sesuatu fenomena Geografi
yang berlaku di alam nyata semasa PdPc di bilik darjah. Kami mengharapkan kajian ini
akan dapat meningkatkan kefahaman murid tentang fenomena Geografi yang abstrak dan
realitinya di alam nyata seterusnya akan meningkatkan pencapaian prinsipl “A” Geogrfi
STPM, meningkatkan pencapaian objektif, murid seronok belajar, murid berasa mudah
dan cepat faham PdPc Geografi STPM di bilik darjah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tindakan bertajuk: Meningkatkan Pencapaian Objektif PdPc dan Prinsipal “A”
Geografi Murid Melalui Penggunaan Modul “CD RAGAM SEMUT” dijalankan supaya dapat
mencapai objektif berikut:
3.1 Objektif Umum
Objektif Umum kajian ini ialah untuk meningkatkan pencapaian objektif PdPc Geografi
dalam bilik darjah murid prauniversiti Ibnu Sina 1 dan Ibnu Rusyd 1 SMK Mulong, Kota
Bharu, Kelantan.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Pencapaian prinsipal “A” murid dalam peperiksaan Geogarfi STPM dengan
menggunakan modul “CD RAGAM SEMUT” meningkat.
3.2.2 Murid seronok belajar Geografi STPM dalam PdPc di darjah dengan menggunakan
modul “CD RAGAM SEMUT”.
3.2.3 Murid mudah faham belajar Geografi STPM dalam PdPc di bilik darjah dengan
menggunakan modul “CD RAGAM SEMUT”.
3.2.4 Murid cepat faham belajar Geografi STPM dalam PdPc di bilik darjah dengan
menggunakan modul “CD RAGAM SEMUT”.
26 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

