Page 34 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 34

Perubahan Paradigma Pemikiran Ke Arah Pendidikan Berkualiti

            sekolah dikira yang kemudiannyan dihitung peratus  bagi setiap perkara dalam soal selidik
            serta purata peratus keseluruhan setiap sekolah. Data pencapaian murid  SMK Mulong,
            Kota Bharu, Kelantan  yang mendapat “A” dalam mata pelajaran Geografi STPM penggal
            pertama tahun 2018 dan 2019 digunakan sebagai hasil penggunaan modul “CD RAGAM
            SEMUT”.


            5.5    Refleksi Kajian

            Dapatan  kajian  selepas  murid  menggunakan  modul  “CD RAGAM SEMUT” telah
            menunjukkan  peningkatan  markah ujian  pengesanan  yang dicapai  oleh  murid SMK
            Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Purata markah yang didapati oleh 18 orang murid ialah
            64% iaitu markah paling  rendah  ialah  56%  dan paling  tinggi  92%. Dapatan  persepsi
            kepuasan menunjukkan  purata peratus murid Mulong 100%, SMK  Melor 99%, SMK
            Kota 96% memberi respon  “YA” kepada  kepuasan  murid dalam  PdPc di bilik  darjah
            setelah menggunakan modul “CD RAGAM SEMUT”. Secara khusus persepsi kepuasan
            menunjukkan purata peratus 96.7% objektif cepat dicapai, 100% seronok belajar, 100 %
            murid merasa mudah, 100% murid merasa cepat belajar Geografi STPM di bilik darjah.
            Pencapaian prinsipal “Ä” Geografi STPM  penggal pertama tiga orang iaitu 18.75% tahun
            2018 dan empat orang iaitu  21.0% tahun 2019 juga turut meningkat. Pencapaian yang
            tinggi oleh murid dalam ujian pengesanan, respon persepsi kepuasan yang tinggi oleh
            murid dan peningkatan pencapaian prinsipal “A” oleh murid dalam peperiksaan Geografi
            penggal pertama STPM tahun 2018 dan 2019 menggambarkan murid seronok belajar,
            murid mudah faham dan murid cepat faham setelah menggunakan modul “CD RAGAM
            SEMUT” dalam PdPc di bilik  darjah  abad  ke 21. Perincian  gambaran  ini  boleh  dilihat
            pada jadual 5.6, 5.7, 5.8, 5.9, 5.10, dan 5.11. Kami merasakan kajian ini amat bermakna
            kepada  murid  dan  guru  Geografi  STPM.  Modul  “CD  RAGAM  SEMUT”  telah  berjaya
            meningkatkan markah ujian pengesanan, markah peperiksaan sebenar Geografi STPM
            dan meningkatkan keseronokan belajar ,mudah dan cepat memahami fenomena Geografi
            abstrak dan realiti di alam nyata dalam PdPc bilik darjah abad ke 21.


                                Jadual 5.6 Markah ujian pengesanan murid
                Selepas modul “CD RAGAM SEMUT” SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan 2019


                       Nama                                      Nama
              Bil                   % Markah         Bil                       %Markah
                    Responden                                  Responden
              1         R1             92%           10           R10             56%
              2         R2             92%           11           R11             68%
              3         R3             76%           12           R12             88%
              4         R4             64%           13           R13             64%
              5         R5             76%           14           R14             64%




                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia  33
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39