Page 33 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 33
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
Rajah 5.6 M - Maklumat Fenomena Geografi - SEMUT (Seronok, Mudah, Cepat)
Modul “CD RAGAM SEMUT” iaitu Perisian fenomena Geografi dalam CD yang dimuatkan
dengan animasi, video, maklumat dan gambar fenomena Geografi semasa PdPc. “CD
RAGAM SEMUT” ialah singkatan kepada CD iaitu Cakera Padat, RAGAM iaitu R =
Realiti (video), A = Animasi, GA = Gambar dan M = maklumat. Singkatan bagi SEMUT
iaitu SE = Seronok, MU = Mudah dan T = Cepat”. Modul “CD RAGAM SEMUT” boleh
digunakan oleh murid dengan satu komputer dan satu projektor di bilik darjah atau dalam
makmal komputer dengan satu modul “CD RAGAM SEMUT” bagi setiap murid. Murid juga
boleh membawa balik ke rumah modul “CD RAGAM SEMUT” untuk aktiviti pengayaan dan
pengukuhan di rumah.
5.4 Pelaksanaan Kajian
Kajian tindakan bertajuk: Meningkatkan Pencapaian Objektif PdPc dan Prinsipal “A”
Geografi Melalui Penggunaan modul “CD RAGAM SEMUT”.
Soalan pengesanan isi pelajaran dikemukakan kepada murid setelah modul “CD RAGAM
SEMUT” ditayangkan pada layar putih dalam PdPc untuk dijawab oleh murid Ibnu Sina 1 dan
Ibnu Rusyd 1 seramai 18 orang iaitu 4 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan
SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan. Jawapan murid kepada soalan pengesanan yang
dikemukakan akan diberikan markah dalam peratus bagi setiap murid dan kemudian dikira
purata markah keseluruhan yang dicapai oleh semua murid.
Soalan persepsi kelebihan modul “CD RAGAM SEMUT” dikemukakan kepada murid Ibnu
Sina 1 dan Ibnu Rusyd 1 seramai 18 orang iaitu 4 orang murid lelaki dan 14 orang murid
perempuan SMK Mulong, Kota Bharu, 10 orang iaitu 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid
perempuan enam atas 1 SMK Melor, Kota Bharu, 10 orang iaitu 3 murid lelaki dan 7 murid
perempuan enam atas Adil dan enam atas Budi SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan tahun
2019. Kekerapan dalam setiap perkara dalam soal selidik bagi semua murid mengikut
32 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

