Page 71 - Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam 2019 - Jilid 3
P. 71
JURNAL PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM 2019 JILID 3
bahawa sekiranya pelajar tidak melakukan kecuaian ketika melabel tajuk dan grafik,
pelajar akan mendapat skor markah yang tinggi untuk melayakkan pelajar mendapat gred
yang tinggi dalam peperiksaan STPM Semester 2 nanti.
Jadual 5.3 Analisis Markah Pelajar Melabel Tajuk dan Grafik dalam Ujian Pra
Skor Markah Bilangan pelajar (orang) Peratus (%)
00-08 11 73.33
09-14 0 0.0
15-20 4 26.67
5.3 Tindakan Menangani Masalah
Berdasarkan maklumat pemerhatian, temu bual, semakan latihan dan ujian pra, pengkaji
membimbing pelajar dengan memperkenalkan kaedah “TIFT” dan “ET” sebagai panduan
ringkas dan mudah diingati untuk melabel tajuk jadual dan grafik serta melabel paksi Y,
paksi X, petunjuk dan sumber.
Sebanyak 5 set soalan digunakan untuk melatih dan menguji kemahiran dan daya ingatan
pelajar melabel tajuk dan grafik, iaitu untuk ujian pasca 1-5. Ujian pasca dilaksanakan
sebanyak 5 kali kerana pengkaji sengaja mengemukakan data seperti orang/kes, suku
tahun, anggaran dua tahun dan anggaran satu tahun untuk menguji kemahiran pelajar
supaya pelajar betul-betul menguasai kaedah “TIFT” dan “ET” ketika melabel tanpa
melakukan kecuaian.
Pengkaji telah memperuntukkan 20 minit pertama setiap kali PdPc untuk bahagian B
untuk melaksanakan pemulihan dan ujian pasca. Sebanyak dua kali seminggu masa PdPc
diperuntukkan untuk bahagian B. Selain itu, pemerhatian juga dilaksanakan ketika PdPc
untuk meninjau setakat mana pelajar dapat mengaplikasikan kaedah yang diperkenalkan
oleh pengkaji ketika membuat latihan bahagian B yang lain selepas 20 minit pertama
PdPc. Semakan latihan ujian pasca dan latihan PdPc yang seterusnya untuk bahagian B
direkod oleh pengkaji sebagai rujukan untuk membuat refleksi PdPc yang seterusnya. Set
soalan ujian pasca yang seterusnya dibina berdasarkan data ujian pasca yang sebelumnya
untuk sesi pengukuhan dan pemulihan kemahiran pelajar melabel tajuk dan grafik. Aktiviti
tersebut berulang pada setiap kali PdPc untuk bahagian B sehingga mencapai objektif
kajian, iaitu sehingga Ujian Pasca 5.
70 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

