Page 51 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 51
Azaika SR
kepala sedikit memandang Osman yang bermuka bulat bujur
sirih dan berkulit cerah.
“Kau kerja bagus. Memang layak dinaikkan
pangkat. Berbanding dengan Khalid budak mentah. Dia pun
belajar daripada kau. Entahlah. Aku sendiri pun tak fahamlah
dengan Encik Johan ni …!” keluh Osman pula.
“Tak apalah, Man. Sekurang-kurangnya aku
tumpang merasa bangga,” dia menjawab. Osman sebaliknya
berasa sungguh terkejut apabila mendengar kata-kata yang
dihamburkan oleh Samad itu.
“Bangga kata kau. Susah payah kau mendidik dia
dalam kerja sekarang dia senang-senang pulak mengarah
kau. Itu kau boleh terima ke? Kau dengan Encik Johan sama
ajelah. Tak faham aku?” Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Samad memandang desiran ombak yang setia
menghempas pantai sambil memeluk tubuh. Jauh benar
fikirannya melayang. Bayu laut yang tadinya bertiup perlahan
tiba-tiba bertukar menjadi kencang.
Dia berpegang kepada prinsip sekali dia jatuh cinta
selama-lamanya dia akan jatuh cinta. Sebagai khalifah yang
hidup di dunia ini dia telah diamanahkan oleh Allah SWT
dengan menganggap kerja itu adalah satu ibadah dan perlu
dilakukan dengan bersungguh-sungguh selagi masih
bernafas dengan ditemani mentari di siang hari dan
rembulan di malam hari.
Pada satu pagi setibanya di pejabat dia telah
dipanggil oleh Encik Johan. Tentu ada perkara mustahak
yang hendak dibincangkan berkenaan dengan hal syarikat.
Bisik hati kecilnya.
“Saya benar-benar perlukan pertolongan awak,
Samad,” kata Encik Johan.
50
Teks Jalan Pulang.indd 50 05/05/2020 14:40:02

