Page 52 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 52

Jalan Pulang



                     “Apa dia, Encik Johan?” dia menyoal ketuanya.
                     “Projek perumahan Taman Mewah saya akan
              serahkan kepada awak untuk uruskannya.”
                     “Setahu saya projek perumahan tu Encik Johan dah
              serahkan pada Encik Khalid untuk uruskan. Nanti apa pulak
              kata dia?”
                     “Betul. Tapi pengalaman awak diperlukan. Dia
              belum mencapai apa yang saya mahukan dalam dunia
              perniagaan. Selalu mengambil tindakan lambat. Projek ni
              dah terbengkalai hampir dua minggu. Kita juga yang rugi
              nanti. Awaklah yang saya harapkan untuk menyelesaikan
              masalah ini.”
                     “Baiklah, Encik Johan. Saya akan pastikan projek
              ini berjalan semula dan syarikat tidak mengalami kerugian.”
                     Ternyata harapan  yang disandarkan oleh  Encik
              Johan padanya tidak sia-sia. Projek perumahan Taman
              Mewah yang terbengkalai berjalan semula dan siap
              sepenuhnya. Orang yang paling gembira tak lain tak bukan
              Encik Johan selaku Pengurus Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
              Bagi dia Samad adalah penyelamat syarikat dan berjanji akan
              memberikan kenaikan pangkat. Sebaliknya bagi dia bukan itu
              yang diharapkan tapi yang penting ialah kepuasan apabila
              kerja yang diberikan berjaya dilaksanakan.
                     Namun begitu ada juga yang tidak bersetuju
              dengan apa yang telah dilakukannya itu. Mungkin sudah
              menjadi lumrah hidup manusia. Ada ketikanya sesuatu
              kebaikan yang dilakukan itu tidak akan diterima berbanding
              dengan keburukan yang amat mudah diterima.
                     “Masa senang dia lupakan kau. Masa susah baru dia
              cari kau. Apa gunanya dia naikkan pangkat Khalid. Masalah
              macam tu pun dia suruh kau selesaikan. Dah terang-terang.



                                     51






 Teks Jalan Pulang.indd   51                                  05/05/2020   14:40:02
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57