Page 54 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 54
Jalan Pulang
Perbualan mereka yang rancak tiba-tiba terhenti
buat seketika. Pelayan muncul sambil membawa makanan
dan minuman yang dipesan. Perlahan-lahan dia
meletakkannya di atas meja. Samad memesan nasi goreng
kampung dan teh ‘o’ ais limau manakala Osman pula
memesan mi goreng dan Nescafe ais.
“Terima kasih!” Samad bersuara sambil melihat
wajah pelayan yang berusia dalam lingkungan awal 20-an itu.
“Sama-sama!” dia membalas sambil mengangguk-
anggukkan kepala dan kemudiannya pantas berlalu pergi dari
situ.
“Dahlah, Man. Mari kita makan. Hari ni aku belanja
kau,” ajak Samad.
Dia menarik nafas panjang sambil terus merenung
laut membiru ciptaan Tuhan Yang Esa untuk makhluknya
yang hidup di atas muka bumi ini. Cuaca masih lagi cerah
dengan gumpalan awan tebal memutih dan langit membiru.
Tiada sedikit pun tanda-tanda hujan akan turun. Bahang
matahari kian terasa panas memijar apabila menyapu
permukaan kulit. Sekali-sekala terasa kesegaran diusap bayu
laut yang bertiup kencang.
Samad memang seorang yang penyabar dan tekun
dalam menjalankan tugas. Dia tidak pernah merungut
dengan kerja yang diberikan. Sentiasa datang cepat dan
pulang lewat. Adakalanya hari cuti pun dia bekerja. Dia akan
berasa gelisah yang amat sangat dan tidak tenteram apabila
kerja tidak selesai.
Kerja yang tertangguh tidak ada dalam kamus
dirinya sebagai insan yang mencari rezeki di Syarikat
Gemilang. Baginya kerja hari ini tanpa mengira mudah atau
susah perlu diselesaikan hari ini jugak. Takut esok datang
53
Teks Jalan Pulang.indd 53 05/05/2020 14:40:02

