Page 55 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 55

Azaika SR


              kerja lain yang memerlukan tindakan segera. Dalam soal
              kerja Samad akur bahawa sentiasa bertambah pada setiap
              hari dan tiada kesudahannya sehingga meninggalkan syarikat
              yang sudah hampir 15 tahun menjadi darah dagingnya.
                     Dalam soal tuntutan perjalanan dan kerja lebih
              masa yang diberikan oleh syarikat dia bersikap jujur. Pantang
              bagi dia membuat tuntutan palsu semata-mata untuk
              mendapat kemewahan dalam hidup biarpun  adaketikanya
              sama seperti orang lain yang kesempitan wang dalam hidup
              hari ini. Memang benar sebagai pekerja Samad memang
              mempunyai hak untuk membuat tuntutan lebih masa setelah
              berhempas pulas bekerja dari pagi sehingga ke larut malam.
              Tapi dia tetap akur bahawa pekerja lain di Syarikat Gemilang
              juga mempunyai hak seperti dia dan membazirkan wang
              syarikat dengan jalan yang tidak betul adalah sesuatu yang
              harus dijauhi.
                     Rezeki yang halal dituntut oleh Allah SWT untuk
              keberkatan hidup sekeluarga dan rezeki yang haram adalah
              kemungkaran yang harus ditegah.
                     “Buat apalah abang susah-susahkan diri bekerja
              sampai malam. Pangkat tak jugak naik,” tegur isterinya.
                     “Sabarlah, Mah. Allah SWT tu maha kaya dan maha
              adil. Kalau tak ada rezeki abang pun mungkin ada rezeki
              anak-anak kita,” jawabnya.
                     “Abang ni lain takde. Pikir kerja-kerja. Abang mesti
              ingat. Abang tu ketua keluarga. Kenalah luangkan masa
              dengan saya dan anak-anak. Dah lama abang tak bawa saya
              dan anak-anak berkelah di hujung minggu. Dulu selalu
              jugak. Sekarang dah tak ada masa pulak. Asyik di pejabat saja.
              Entah-entah  abang  ada  perempuan  lain  tak,”  rungut
              isterinya.




                                     54






 Teks Jalan Pulang.indd   54                                  05/05/2020   14:40:02
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60