Page 53 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 53
Azaika SR
Kau masih jugak nak tolong Encik Johan yang tidak
mengenang budi tu!” tingkah Osman dengan panjang lebar
dan sekeras-kerasnya.
“Tak baik kau cakap macam tu, Man. Encik Johan
tu kan ke ketua kita. Apa yang dia suruh kita kenalah buat,”
dia menjawab lembut.
“Itulah kau terlalu lurus dan lembut sangat. Dia
silap orang. Kalau aku mati hidup balik aku tak akan tolong
dia.”
“Aku tak bersetuju dengan cara kau tu. Bangun
jatuh syarikat adalah di tangan kita sebagai pekerja. Takkan
kita nak biarkan syarikat gulung tikar,” nasihat Samad.
“Apalah singkat sangat pemikiran kau ni, Samad.
Banyak lagi syarikat yang kita boleh kerja!” kata Osman
dengan penuh bongkak sambil mengangkat kepala tinggi.
“Jangan cakap besar, Man. Dalam keadaan ekonomi
sekarang ada ke syarikat yang nak terima kita bekerja. Kita
seharusnya bersyukur bekerja dengan syarikat yang stabil
seperti Gemilang.”
“Kau memang macam tu. Tak ada yang salahnya
dengan syarikat. Oh ya! Baru aku teringat. Aku dengar Encik
Johan nak naikkan pangkat kau. Maklumlah kau dah berjasa
besar dengan syarikat. Betul ke?” ujar Osman sambil
mengukir senyuman kecil tapi penuh dengan makna
memandang wajah Samad.
“Insya-Allah, Man. Kalau ada rezeki. Mana kau tahu
semua ini?”
“Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Tapi sebagai seorang kawan aku nasihatkan kau lebih baik
lupakan sahaja perkara tu. Encik Johan tu hanya pandai
berjanji sahaja. Tapi habuk pun tak ada.”
52
Teks Jalan Pulang.indd 52 05/05/2020 14:40:02

