Page 56 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 56

Jalan Pulang



                     “Mah …. Jangan buat andaian begitu. Tak baik.
              Hanya Mahlah satu-satunya isteri abang sehingga ke akhir
              hayat. Baiklah. Abang minta maaf. Abang akui telah
              mengabaikan Mah dan anak-anak kerana gila kerja. Abang
              berjanji. Hari minggu ni abang akan bawa Mah dan anak-
              anak berkelah …,” dia memujuk lembut isterinya.
                     “Mah minta maaf, bang. Sebagai seorang isteri Mah
              tak seharusnya bersangka begitu terhadap abang. Mah
              percaya. Abang seorang suami yang baik dan jujur.”
                     “Abang faham perasaan Mah sebagai seorang isteri.
              Perlukan belaian kasih sayang bersama dengan anak-anak.
              Percayalah, Mah. Abang akan berikan tumpuan dengan
              seadil-adilnya di antara keluarga dan kerja.”
                     “Oh ya! Asyik bercakap ni terlupa pulak. Abang dah
              makan ke belum?” soal isterinya.
                     “Belum. Mah masak apa malam ini?” tanya Samad
              pula.
                     “Gulai ikan bawal masak lemak cili api kesukaan
              abang,” isterinya menjawab.
                     “Sedap tu. Abang mandi dulu dan solat. Tak sabar
              rasanya nak rasa masakan Mah,” kata Samad sambil
              mengukir senyuman kecil dan merenung tepat wajah
              isterinya.
                     “Baiklah, bang. Saya siapkan makanan!” ucap
              isterinya pula sambil mengangguk-anggukkan kepala.
                     Samad terus melemparkan pandangan yang penuh
              dengan  pengharapan  ke arah laut  membiru  dan desiran
              ombak. Angin yang datang dari arah laut mengalunkan irama
              merdu membelai suasana dengan diiringi gemersik pohon-
              pohon dan dedaunan hijau. Sinar cahaya matahari di kaki
              langit yang menyinari alam turut merestukan dunia



                                     55






 Teks Jalan Pulang.indd   55                                  05/05/2020   14:40:02
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61