Page 62 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 62

Jalan Pulang



                     “Memang betul kata kau, Adnan. Tok sebagai ketua
              merasa sangat sedih apabila melihat perkara ini berlaku.
              Kampung ni dah tak macam dulu lagi …,” sokong Tok Ketua
              dalam nada suara yang berbunyi mengeluh.
                     “Kita mesti buat sesuatu untuk menjernihkan
              semula suasana keruh yang telah berlaku sekarang ni. Demi
              kebaikan kita bersama sebagai penduduk kampung.” Pak
              Sudin yang selama ini berdiam diri tiba-tiba bersuara
              memberi cadangan.
                     “Memang betul kata ayah tu. Untuk perpaduan kita
              semua saya cadangkan kita adakan pertemuan di balai raya.
              Macam mana, tok?” kata Adnan sambil memandang tepat
              wajah Tok Ketua.
                     “Bagus tu, Adnan. Tok memang setuju sekali
              dengan cadangan kau tu,” jawab Tok Ketua.
                     “Bila  kita nak adakan  pertemuan tu?”  Tok Imam
              mencelah.
                     “Perkara yang baik tak elok kita lengahkan. Takut
              nanti datang pulak perkara buruk. Kita mesti adakan
              pertemuan esok,” ujar Adnan lagi.
                     “Apa kata kalau kita adakan pertemuan tu selepas
              waktu Zuhur, tok?” tambah Pak Sudin pula.
                     “Saya setuju!” Tok Ketua mengangguk-anggukkan
              kepala.
                     Keesokan paginya Adnan ke warung Pak Salleh
              untuk membeli sarapan.
                     “Abang Adnan. Bila balik?” tanya Suraya anak Pak
              Salleh.
                     “Dah seminggu. Pak Salleh mana?” soal Adnan
              pula.




                                     61






 Teks Jalan Pulang.indd   61                                  05/05/2020   14:40:03
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67