Page 59 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 59
Azaika SR
kampung akan dipindahkan ke tempat yang baru …,” Pak
Sudin bersuara lemah dan tak bermaya. Nada suara yang
dikeluarkannya itu jelas menagih simpati daripada anaknya
yang masih lagi belajar di universiti dalam tahun akhir.
Adnan pantas mengalihkan pandangannya ke arah
ayahnya yang telah tua itu. Rambut dipenuhi uban dan kedut
jelas kelihatan pada kulitnya. Pak Sudin terbatuk-batuk kecil
sambil menghisap rokok daun. Adnan kemudiannya
perlahan-lahan beredar dari jendela dan melabuhkan
punggungnya di atas tikar mengkuang duduk berhadapan
dengan ayah dan ibunya.
“Bila dia suruh kita pindah, bang?” sampuk Mak
Bedah tiba-tiba sambil memandang tepat wajah suaminya.
Pak Sudin sebaliknya hanya tunduk menggeleng-gelengkan
kepala dan menyedut rokok daun. Asap memutih kelihatan
berkepul-kepul naik ke atas.
“Tak tahulah. Tapi dia kata siap aje rumah di tempat
baru tu nanti barulah orang-orang kampung pindah,” Pak
Sudin menjawab.
“Tempat baru tu kat mana, ayah?” soal Adnan pula.
“Katanya dekat dengan kawasan bandar,” balas Pak
Sudin.
“Dia nak bangunkan apa di kampung ni, ayah?”
tanya Adnan lagi dengan penuh minat sambil mengangkat
kepala tinggi sedikit melihat wajah ayahnya.
“Nak buat kawasan pelancongan,” ucap Pak Sudin
yang duduk bersela. Dia kemudiannya lalu menyucuhkan
puntung rokok daun ke dalam bekas yang dibuat daripada
tempurung kelapa. Air kopi ‘o’ yang suam itu pantas
diteguknya habis.
“Orang kampung semua dah setuju ke pindah,
58
Teks Jalan Pulang.indd 58 05/05/2020 14:40:03

