Page 60 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 60

Jalan Pulang



              bang?” Mak Bedah yang duduk di sebelah Pak Sudin lalu
              mencelah.
                     “Ini yang timbul masalah sekarang ni. Orang
              kampung dah pecah dua. Ada yang setuju pindah dan ada
              yang berkeras tidak mahu pindah,” jelas Pak Sudin.
                     “Sampai  begitu sekali, ayah!” Adnan berasa
              sungguh terperanjat apabila mendengar kata-kata  yang
              keluar daripada mulut ayahnya itu.
                     “Kampung ni dah tak macam dulu lagi, Adnan.
              Sejak orang kaya dari bandar tu datang nak buat
              pembangunan di kampung ni …,” Pak Sudin menunjukkan
              rasa kecewa dan hampa dengan mengeluarkan nada suara
              yang lemah.
                     “Kita  tak  boleh berdiam diri,  ayah.  Kita mesti
              bersatu semula. Walau apa pun yang terjadi kita tak akan
              pindah. Kita akan tinggal di kampung ini sehingga ke akhir
              hayat!” ujar Adnan dengan penuh semangat.
                     “Kau nak buat apa, Adnan?” Mak Bedah menambah
              pula.
                      “Saya nak kumpulkan semua orang kampung. Kita
              mesti tentang habis-habisan orang kaya dari bandar tu
              daripada mengambil milik yang telah kita pusakai dari datuk
              nenek  moyang kita dulu  yang telah bersusah payah
              meneroka kampung ni. Kita sebagai anak cucu dan cicit
              mesti mempertahankannya menyerahkan kepada orang kaya
              dari bandar tu namanya tidak sekali-kali!” Semangat Adnan
              semakin berkobar-kobar seperti seorang pejuang tanah air
              menentang penjajah.
                     Perbualan rancak Pak Sudin, Mak Bedah dan Adnan
              lantas terhenti. Kedengaran suara Bilal Usop melaungkan
              azan Asar dari surau yang tidak jauh dari rumah mereka.



                                     59






 Teks Jalan Pulang.indd   59                                  05/05/2020   14:40:03
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65