Page 61 - Antologi Cerpen Jalan Pulang
P. 61
Azaika SR
“Waktu asar pun dah masuk. Adnan marilah kita ke
surau,” ajak Pak Sudin sambil bingkas bangun.
“Yalah, ayah!” angguk Adnan pula.
Selepas menunaikan solat Asar Pak Sudin, Tok
Ketua, Tok Imam dan Adnan tidak pulang ke rumah. Mereka
duduk di surau sambil berbual-bual.
“Berapa lama kau cuti, Adnan?” soal Tok Ketua
yang berketayap putih, berbaju Melayu biru air laut dan
berkain pelekat.
Di luar angin bertiup lemah-gemalai. Pohon-pohon
hijau bagai menari-nari mengikut rentak tiupan angin.
Sekejap meliuk ke kiri dan sekejap meliuk ke kanan.
Dedaunan yang bergeseran mengeluarkan irama yang
sungguh merdu mengusik jiwa bersama ketenangan dan
kedamaian desa permai. Cuaca yang dari awal pagi kelihatan
cerah telah bertukar menjadi redup.
“Tiga bulan, tok,” dia sebaliknya menjawab pendek
pertanyaan yang diajukan oleh Tok Ketua itu.
“Apa kau buat masa cuti ni?” Tok Imam mencelah.
“Membantu ayah mengerjakan kebun. Tok Imam
saya minta maaf kalau bertanya. Kenapa orang kampung tak
ramai sembahyang jemaah di surau? Selalunya saya tengok
penuh surau ni,” kata Adnan.
“Inilah yang menjadi masalah kampung ni
sekarang. Berpecah belah. Tak lagi hidup bersatu padu
sepertimana yang dituntut dalam agama,” jelas Pak Imam
pula.
“Semuanya ini berpunca daripada orang kaya dari
bandar tu, kan? Demi kekayaan dan kepentingan diri sendiri
kita berpecah belah dan diusir,” Adnan cepat menambah.
60
Teks Jalan Pulang.indd 60 05/05/2020 14:40:03

