Page 120 - Teks Tanah Kebun
P. 120

Azaika SR


                     Dia  kemudiannya pantas menyambut
              laporan yang diserahkan oleh  Panglima  Bentara
              Betong itu. Dan membacanya dalam diam. Selepas
              membaca laporan itu Dato’ Laksamana  Rentaka
              memandang semula  muka Panglima  Bentara
              Betong. Dan berkata dengan penuh yakin.
                     “Kalau begini  kekuatan musuh seperti
              yang dilaporkan oleh pasukan  pengintip sudah
              pasti Pulau Payung yang kaya dengan emas akan
              menjadi milik kita!”
                     Sementara itu  angkatan perang laut
              Negara  Debunga Wangi  juga  telah  bersiap  sedia
              untuk    menghadapi     pertempuran.     Dengan
              angkatan perang laut Negara Naga Sakti. Angkatan
              perang laut  Negara  Debunga Wangi  dipimpin  oleh
              Dato’ Laksamana Budiman.
                     Lamunannya yang jauh  melayang  itu
              memikirkan  sesuatu sambil  memandang laut
              membiru  yang tenang lantas  terhenti.  Apabila
              Panglima  Bentara  Jantan menghampirinya dan
              bersuara.
                     “Pulau Payung,” jawabnya pendek.
                     “Kerana Pulau Payung kita  terpaksa
              berperang  dengan  Negara Naga Sakti. Sedangkan
              sejarah telah membuktikan yang Pulau Payung
              adalah milik kita yang sebenarnya.”
                     “Mungkin kerana berebutkan emas Negara
              Naga Sakti sanggup  bertumpah darah dengan
              kita,” Panglima Bentara Jantan menambah.
                     Dato’ Laksamana Budiman sebaliknya
              hanya berdiam diri.  Dan menarik nafas yang




                                    120






 Teks Tanah Kebun.indd   120                                  03/06/2020   16:42:30
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125