Page 134 - Teks Tanah Kebun
P. 134

Azaika SR

              padu. Terhadap  pencalonan  kau. Bagi bertanding
              jawatan  tertinggi  dalam  persatuan mahasiswa  di
              universiti  kita.  Itu  petandanya kau berpeluang
              cerah untuk memenangi jawatan  ini,”  Dara
              menyampuk.
                     “Aku dan Dara  serta  kawan-kawan lain
              akan     berkempen      habis-habisan.    Untuk
              memastikan     jawatan    pengerusi   persatuan
              mahasiswa menjadi milik kau,” ikrar Teruna pada
              kawannya yang akan bertanding itu.
                     Bujang  lalu  menarik  nafas yang panjang.
              Setelah mendengar ulasan yang  diberikan oleh
              kedua-dua rakan yang sama belajar dengannya di
              universiti. Berkenaan pemilihannya sebagai calon.
              Bertanding  untuk memegang jawatan  tersebut.
              Dalam persatuan  yang tujuan utama ditubuhkan
              adalah    untuk    menjaga    kebajikan    serta
              menggerakkan  program dan  aktiviti yang penuh
              dengan    kemanfaatan    dan    faedah   kepada
              mahasiswa.
                     Perlahan-lahan Bujang memandang wajah
              kedua-dua kawan baiknya itu dan bersuara.
                     “Terima kasihlah kepada kau berdua. Juga
              kepada    kawan-kawan     lain.  Kerana    telah
              memberikan kepercayaan  kepada  aku. Untuk
              menerajui persatuan mahasiswa di universiti
              tempat  kita  belajar.  Insya-Allah!  Sekiranya aku
              diberi  mandat nanti  aku akan laksanakan tugas
              dan amanah. Yang telah diberikan dengan sebaik
              mungkin,” janji Bujang pula sebaliknya.
                     Sementara itu  Daik  berasa tidak  senang.




                                    134






 Teks Tanah Kebun.indd   134                                  03/06/2020   16:42:32
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139