Page 62 - Teks Tanah Kebun
P. 62
Azaika SR
percayalah.” Dia meyakinkan ibunya yang duduk
di atas tikar mengkuang. Tak lama kemudian
adiknya Azri muncul. Dia berkelulusan universiti.
Tapi sampai sekarang masih tidak dapat
pekerjaan.
“Mak besok saya akan ke bandar. Ada
temu duga kerja,” katanya yang bersongkok
memakai baju Melayu berwarna perang dan
berkain pelekat. Sama macam abangnya dari
surau.
“Pergilah, Azri. Mak doakan mudah-
mudahan kau dapat kerja,” ujar ibunya pula.
Wahid yang sedang asyik melukis lalu terhenti dan
memandang tepat ke arah adiknya yang masih
tercegat berdiri di sisi ibunya.
“Betul kata mak tu. Kau ada kelulusan.
Carilah pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan
kau tu,” celah Wahid.
“Terima kasih mak, abang. Insya-Allah
dengan berkat doa dan dorongan mak dan abang
moga-moga dapatlah saya kerja. Dapat jugaklah
saya bantu keluarga kita,” Azri berjanji. Dia
kemudiannya memohon diri untuk masuk ke
dalam bilik. Wahid dan ibunya yang masih lagi di
anjung rumah rancak berbual-bual. Sudah
menjadi kebiasaan. Ketika Wahid melukis dia akan
ditemani oleh ibunya.
“Mak …. Penatlah, Wahid …. Mak masuk
tidur dulu …,” ibunya bersuara perlahan.
“Yalah, mak. Pergilah mak berehat. Saya
nak siapkan lukisan ni dulu,” Wahid menjawab.
62
Teks Tanah Kebun.indd 62 03/06/2020 16:42:22

