Page 63 - Teks Tanah Kebun
P. 63
Tanah Kebun
Ibunya lalu bangun dan mengatur langkah menuju
ke bilik.
Tinggallah Wahid seorang diri di anjung
rumah. Dia amat tekun dalam menyiapkan
lukisan. Selagi tidak siap dia tidak akan berhenti.
Kadangkala sampai pagi dia baru masuk tidur.
Wahid berasa penat. Dia lalu berhenti seketika.
Dengan renungan yang kudus dan penuh
bermakna dia melontarkan pandangan ke luar
rumah. Dia masih ingat lagi. Ketika zaman kanak-
kanak dahulu pada waktu malam begini dia dan
Azri akan menyiapkan kerja sekolah sambil
ditemani dengan api pelita.
Sementara arwah ayahnya pula akan
menjahit jala sambil menghisap rokok daun.
Ibunya pula akan menyediakan kopi ‘o’ pekat
minuman kegemaran ayahnya. Keesokan paginya
selepas solat Subuh arwah ayahnya akan turun ke
laut mencari rezeki. Dia dan Azri berjalan kaki ke
sekolah. Pada waktu petang Wahid dan kawan-
kawan akan bermain di tepi pantai. Bila musim
angin kuat layang-layang adalah permainan utama
dia dan kawan-kawan.
Alangkah indahnya masa itu ketika
diingatkan. Namun begitu dia tetap akur.
Semuanya kini tinggal menjadi kenangan indah
sahaja. Tambahan pula ayahnya telah tiada.
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Apa
yang dilalui masa lalu tak akan kembali lagi. Sama
seperti kata-kata sekali ombak melanda pantai
berubah segala-galanya. Perubahan tetap akan
berlaku juga dalam mengharungi arus kehidupan.
63
Teks Tanah Kebun.indd 63 03/06/2020 16:42:22

