Page 64 - Teks Tanah Kebun
P. 64
Azaika SR
Melalui kaca jendela rumah peranginan
Rosnani memeluk tubuh sambil memandang laut
yang diselubungi kegelapan dan hanya kedengaran
sayup-ayup desiran ombak membelai pantai.
Kemudian dia menoleh pula ke arah rumah-rumah
kampung yang terdapat di kawasan persekitaran
pantai. Ada yang masih lagi terang-benderang dan
ada yang telah gelap.
Mungkin ada yang masih belum tidur lagi
dan ada yang telah tidur. Tiba-tiba telefon bimbit
yang diletakkannya di atas meja berbunyi.
Lamunannya yang asyik memerhatikan laut dan
rumah-rumah kampung itu pantas terhenti. Siapa
pulak telefon malam-malam ni? Getus hati
kecilnya. Tanpa berlengah lagi dia lalu mengangkat
telefon. Tertera nombor telefon orang yang telah
menyakiti hatinya.
Dia malas untuk menjawab panggilan ini.
Dipaksanya juga dirinya untuk menjawab
panggilan orang yang disayanginya tetapi telah
melukakan hatinya. Pedih seperti ditikam sembilu
rasanya. Dia lalu menekan butang panggilan.
Kebosanan jelas terpancar di wajahnya yang jelita.
“Hello, Rosnani. Maafkan saya. Awak dah
tidur ke?” Zaki bersuara.
“Belum. Ada apa awak telefon saya malam-
malam ni?” Bunyi nada suara Rosnani macam nak
tak nak sahaja bercakap dengan lelaki bernama
Zaki itu.
“Kenapa dengan awak ni? Seperti tak suka
aje bercakap dengan saya. Kan saya dah kata.
64
Teks Tanah Kebun.indd 64 03/06/2020 16:42:22

