Page 76 - Teks Tanah Kebun
P. 76

Azaika SR


              jauh dari  rumahnya. Tapi hari  ini  kerana hujan
              lebat yang turun sejak malam tadi dia tidak dapat
              pergi  ke  surau  untuk menunaikan solat  Subuh
              secara  berjemaah.  Sebaliknya dia  menunaikan
              solat Subuh di rumah saja.
                     Selepas menunaikan  solat Subuh  baru
              hujan berhenti. Hujan sentiasa turun sejak akhir-
              akhir  ini.  Tak  menentu. Adaketikanya pagi.
              Adakalanya tengah hari.  Begitu  juga petang dan
              malam.
                     Haji   Dollah  melemparkan    pandangan
              sejauh-jauhnya  ke arah bukit-bukau yang masih
              lagi  ditutupi   kabus.   Berhadapan     dengan
              rumahnya. Entah mengapa! Dengan tiba-tiba saja
              hati  tuanya berasa rindu pada Azam.  Satu-satu
              anak lelakinya dengan arwah isterinya dulu.
                     “Ayah memang dah tak sayang lagi dengan
              arwah  mak!”  bantah Azam  dengan sekeras-
              kerasnya.
                     “Zam …. Nanti dulu ….” Dia memujuk
              lembut anaknya.
                     “Sudah, ayah! Sudah!  Kalau ayah dah
              benar-benar nak berkahwin dengan Mak Cik Siah,
              teruskanlah. Tapi saya dah buat keputusan!” tegas
              Azam pula sebaliknya.
                     “Keputusan?” Haji  Dollah  berasa amat
              terkejut. Apabila mendengar kata-kata yang keluar
              daripada mulut anaknya itu.
                     “Ya, ayah!” angguk anaknya.
                     “Zam  ….  Dengar  dulu apa yang ayah nak
              cakapkan  ni. Tak elok bertindak terburu-buru.



                                     76






 Teks Tanah Kebun.indd   76                                   03/06/2020   16:42:24
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81