Page 78 - Teks Tanah Kebun
P. 78

Azaika SR


              berlaku   semalam.    Kerana    memilih   untuk
              berkahwin lagi  dia  putus kasih sayang dengan
              anaknya.  Dalam cuaca  pagi yang dibungkus
              dengan kedinginan hati  Haji  Dollah  benar-benar
              tersentuh. Tatkala teringatkan peristiwa itu.
                     “Jauh benar nampaknya mengelamun. Apa
              yang abang fikirkan tu?” tegur isterinya.
                     Serta-merta lamunan Haji  Dollah  yang
              jauh melayang hingga entah ke mana itu pantas
              terhenti.  Diam.  Itu  saja  yang  dipilihnya.  Sambil
              terus memandang ke luar. Masih tegak berdiri di
              tepi  jendela.  Sejak dari tadi.  Tidak menoleh ke
              belakang. Memandang  isterinya yang duduk  di
              kerusi.
                     Perlahan-lahan  Haji Dollah mengangkat
              kepala.  Merenung jauh langit  yang masih  lagi
              kelabu. Bersama  lembut  tiupan angin. Membelai
              pohon-pohon  dan daun-daun  hijau. Mengangguk-
              angguk. Meliuk-liuk.  Sekejap  ke  kiri  dan sekejap
              ke kanan. Lemah-gemalai. Mengikut rentak tiupan
              angin.
                     Bunyi desiran angin sungguh  menyentuh
              jiwa   pabila   didengar.    Seolah-olah   turut
              menghulurkan simpati.  Dengan apa yang dirasai
              oleh Haji Dollah ketika ini. Rindu. Teramat sangat.
              Pada anaknya yang bernama  Azam.  Hasil
              perkongsian  hidup  dengan  arwah isterinya yang
              dulu.
                     Sayu dan pilu jelas kelihatan di wajahnya
              yang kian dimamah usia itu.  Cuma air mata saja
              yang masih  belum  mengalir.  Masih  mampu




                                     78






 Teks Tanah Kebun.indd   78                                   03/06/2020   16:42:24
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83