Page 77 - Teks Tanah Kebun
P. 77

Tanah Kebun



              Mari  kita  sama-sama selesaikan masalah ni,”
              tahannya.
                     “Tak perlu,  ayah!”  Azam tetap  berkeras
              sambil menggeleng-gelengkan kepala.
                     “Saya akan keluar dari rumah ni! Selamat
              tinggal,  ayah!”  Demikianlah  keputusan yang
              diambil oleh Azam. Bila ayahnya mahu berkahwin
              lagi. Dengan Mak Cik Siah juga seorang janda
              beranak lima.
                     “Tunggu dulu,  Zam!  Jangan pergi.  Zam!
              Zam!” kata Haji  Dollah.  Namun tetap tidak
              diendahkan oleh anak lelaki tunggalnya itu.
                     Azam nekad meninggalkan rumah.  Dia
              benar-benar berasa kecil hati dengan ayahnya. Dia
              tak boleh menerima Mak Cik Siah sebagai ibu tiri.
              Untuk menggantikan ibunya yang telah pergi buat
              selama-lamanya.  Bagi  Azam  ibunya yang kini
              sedang bersemadi di  alam  baqa adalah satu-
              satunya ibu yang telah melahirkannya ke dunia
              ini.
                     Sampai ke akhirat pun itulah ibu yang dia
              ada. Tak mungkin ada dua atau ramai ibunya.
                     Dia  sangat  sayangkan ibunya yang kini
              sudah tiada lagi.  Tapi ayahnya tidak. Ibu pasti
              akan  menangis dalam kubur. Apabila tahu ayah
              buat begini. Demikianlah bisik hati kecil Azam.
                     Nafas  yang panjang ditarik  sedalam-
              dalamnya oleh Haji  Dollah.  Peristiwa  itu tetap
              melekat segar di ingatannya. Walaupun telah lama
              berlalu pergi dalam hidupnya.
                     Tapi bagi dia ia seolah-olah baru saja



                                     77






 Teks Tanah Kebun.indd   77                                   03/06/2020   16:42:24
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82