Page 21 - KARANGAN
P. 21
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah
satu usaha yang penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan
remaja di Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak
sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak
kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab
permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui
kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk menarik minat pelajar menyertai program-program yang
dianjurkan, pihak persatuan boleh menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan
tradisional untuk membimbing mereka tentang cara dan teknik bermain permainan
tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar dapat mendominasi permainan
tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan
pula, pihak sekolah boleh mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang boleh
disertai oleh para pelajar dan guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu
menyediakan lebih banyak alatan permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah
bagi memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional. Secara
tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan
mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan
pengekalan permainan tradisional yang perlu ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah
memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di
Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa,
media massa merupakan suatu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita
dengan cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh
menghebahkan tentang permainan tradisional melalui surat khabar, majalah, radio, Internet
dan televisyen. Tambahan pula, media massa boleh menganjurkan pertandingan melalui
program seperti jom heboh dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah
apabila media massa memaparkan iklan-iklan yang menarik mengenai permainan
tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan
lebih dalam tentang permainan tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
media massa mampu mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang
kini telah diangkat sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan di peringkat
antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar seperti
Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu menandingi Malaysia.
Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat mempopularkan permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat seantero dunia tanpa mengira perbezaan latar
belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa, media massa perlu bergerak
dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional yang
diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga ke
peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia tentang keistimewaan negara yang
bernama Malaysia.
21 | P a g e

