Page 22 - KARANGAN
P. 22
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam
mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional
dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan.
Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara
Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata
bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat
perhatian di mata dunia. Sebagai contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan
pula, ramai pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang
yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya, rakyat
Malaysia tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata
rakyat. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai
Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan
tradisional dengan lebih mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan
mudah terhakis pada zaman akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu
melestarikan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat
Malaysia hingga ke tahap antarabangsa.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh
masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti
permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh
masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke
generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak
mungkin akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya
diketahui namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik
bermain permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang.
Bertitik tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif
yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris
negara yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam
konteks ini, generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar
dapat menyanjung dan menghargai warisan negara dari rebungnya lagi. Pada masa yang
sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara
ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur di dalam hati,
fikiran dan diri masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang
padu daripada semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam
mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu
menjangkau sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek
moyang kita yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-
sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna
seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan 2020.
22 | P a g e

