Page 47 - KARANGAN
P. 47

ESEI 2 : FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA BAGI SESEORANG REMAJA.

               Era  pascaperindustrian  dan  pascaglobalisasi  yang  serba  mencabar  akal  dan  minda  kita
               telah  menyumbang  kepada  perkembangan  ekonomi  pesat  yang  menjana  pelbagai  sektor
               pekerjaan  di  Malaysia.  Dalam  sistem  pendidikan  di  Malaysia,  kita  menghabiskan  masa
               selama  enam  tahun  di  sekolah  rendah  dan  lima  tahun  di  sekolah  menengah.  Selama
               sebelas  tahun  ini,  pelajar  sentiasa  disoal  oleh  guru-guru,  “apakah  kerjaya  yang  anda
               inginkan?”   Semasa dalam tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran
               yang  sesuai  berdasarkan  minat  mereka  untuk  mengejar  kerjaya  impian.  Menurut  Kamus
               Dewan Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih
               sebagai  cara  mencari  nafkah  hidup.  Kerjaya  merupakan  panduan  dalam  kehidupan  kita.
               Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya
               yang  diingini  mereka  supaya  mereka  ada  hala  tuju  dalam  hidup  tidaklah  seperti layang-
               layang yang terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dikemudian
               hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor, juruterbang, jurutera, ahli kimia dan
               sebagainya. Persoalannya,  apakah  faktor-faktor  yang  mempengaruhi  dalam  pemilihan
               sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?

                       Fokus  perbincangan  pertama  saya  berkaitan  faktor  minat  dan  cita-cita  pelajar
               semasa  di  bangku  sekolah  terutama  dalam  kalangan  pelajar  SPM.  Minat  dan  cita-cita
               merupakan dua perkara saling berkait dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi
               pemilihan kerjaya seseorang pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran
               Malaysia (SPM).   Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat, pelajar perlu
               menentukan  aliran  yang  mereka  pilih,  sama  ada  aliran  sains  atau  sastera.  Bertitik  tolak
               daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan cemerlang ke semua
               pakej  mata  pelajaran  yang  ditawarkan  dalam  jurusan  yang  diambil.  Hal  ini  kerana
               kecemerlangan  mereka  tersebut  membolehkan  mereka  meneruskan  pengajian  di  menara
               gading untuk menggapai cita-cita mereka. Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba
               ilmu  berdasarkan  kerjaya  yang  mereka  cita-citakan,  sama  ada  untuk  menjadi  golongan
               pekerja  profesional  seperti  doktor,  peguam,  pendidik,  pentadbir  dan  sebagainya.  Jikalau
               pelajar  berusaha  sudah  pasti  mereka  akan  menggapai  kerjaya  yang  mereka  impikan
               kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebaliknya, pelajar yang tidak mempunyai
               cita-cita mereka diibarat seperti seorang nahkhoda mengendalikan sebuah kapal di lautan
               luas  tanpa  hala  tuju. Tegasnya, faktor  minat  dan  cita-cita merupakan  dua  aspek  penentu
               utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.

                       Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar juga perlu memilih mata pelajaran yang ada
               kaitan  dengan  kerjaya  yang  mereka  pilih.  Umumnya  kita  mengetahui  bahawa  semasa  di
               alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang
               akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih
               mahir  dalam  menguruskan  kerjaya  yang  akan  diceburi  kerana  sudah  mengetahui  dan
               membuat  persediaan  yang  rapi  umpama sediakan  payung  sebelum  hujan.  Dengan
               perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita
               masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang
               serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan yang
               cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut diberi keutamaan
               kerana  hanya jauhari  sahaja  yang  mengenali  manikam.  Contohnya,  jika  pelajar   memilih
               kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan kejuruteraan.
               Jikalau  pelajar  berjaya  menguasai  mata  pelajaran  berkenaan  sudah  pasti  mereka  ada
               kelebihan  untuk  menggapai  kerjaya  yang  diidam-idamkan.  Kesimpulannya,  sudah  terang
               lagi  bersuluh,  pemilihan  mata  pelajaran  juga  penting  untuk  menentukan  kejayaan  pelajar
               merealisasikan kerjaya yang mereka minati.

                          Bahkan  juga,  pelajar  yang  mengidamkan  kerjaya  yang  diminati  perlu  mempunyai
               tokoh atau idola sebagai motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah


                                                                                               47 | P a g e
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52