Page 43 - KARANGAN
P. 43
ESEI 5 : KEMAHIRAN REMAJA PERLU KUASAI
Kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh remaja dalam mengharungi kehidupan zaman
globalisasi. Huraikan kemahiran itu.
Kemahiran remaja bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang remaja itu melalui
pendidikan yang diterimanya. Remaja yang berkemahiran boleh mengharungi cabaran
kehidupan dengan lebih baik dan mudah terutama apabila mereka dewasa kelak. Pihak
media massa juga sering menguar-uarkan kepentingan remaja memiliki kemahiran ini
dengan menyiarkan pelbagai berita tentang kemahiran ini. Jadi, apakah kemahiran-
kemahiran yang harus dikuasai oleh remaja kita itu semua?
Kemahiran utama yang harus dimiliki oleh remaja kita ialah mempunyai kebolehan berbicara
dalam dwibahasa itu. Mereka boleh menguasai bahasa asing ini dengan memasuki kelas
bahasa secara peribadi atau berbual-bual dengan rakan yang berlainan keturunan itu ketika
berada di sekolah. Kemampuan berbahasa selain bahasa ibunda ini memberikan satu
keyakinan diri kepada remaja dan peluang untuk memperoleh sesuatu kerjaya pada masa
depan juga lebih cerah. Ringkasnya, kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa
boleh menjadikan diri remaja itu lebih berketerampilan dalam menjalani kehidupan
masyarakat moden itu.
Selain itu, remaja yang bijak akan memahirkan diri mereka dalam teknik berkomunikasi yang
betul. Kebolehan bertutur ini boleh dikuasai dengan baik menerusi amalan bertutur dengan
rakan, guru, dan masyarakat secara umum tanpa mengira situasinya. Kebolehan
berkomunikasi bukan sahaja memudahkan remaja meluahkan perasaan mereka tetapi juga
kreativiti tertentu dan memahami situasi yang sedang berlaku di depan mereka itu. Jelaslah,
kemahiran berkomunikasi ini akan membawa remaja mengharungi kehidupannya dengan
lebih yakin terutama alam kerjaya yang penuh celaru tersebut.
Aspek kemahiran kepemimpinan juga penting dikuasai oleh remaja dalam era globalisasi ini.
Kelebihan aspek ini dikuasai apabila remaja menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah terutamanya aktiviti berunsur persatuan dan pasukan beruniform itu. Remaja
akan dididik cara untuk menguruskan sesuatu projek dengan lancar dan efektif sambil
memahami ciri-ciri manusia secara umumnya. Jadi, remaja akan mampu untuk meneruskan
kehidupan masa depan mereka dengan penuh keyakinan kerana sedar diri mereka memiliki
kemahiran yang diperlukan tersebut.
Dunia zaman ini dikuasai oleh kemajuan teknologi komunikasi berunsurkan komputer,
telefon bimbit, dan satelit yang harus difahami oleh remaja. Mereka hendaklah
membiasakan diri menggunakan peralatan komputer dan sebagainya untuk memastikan
pengetahuan mereka terhadap teknologi komunikasi moden begitu mendalam. Kelebihan
dalam situasi ini memudahkan remaja untuk melakukan pelbagai perkara terutama yang
melibatkan penggunaan teknologi komputer pada masa depan itu. Lantaran itu, remaja tidak
akan tersisih daripada pelbagai kejadian yang melanda dunia ini apabila mereka menguasai
kemahiran dalam teknologi komunikasi tersebut.
Akhir sekali, remaja hendaklah memiliki kemahiran berfikir secara rasional dan logik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah itu. Kemahiran ini mampu dikuasai apabila remaja diajar
agar melihat semua sudut pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu isu
yang melanda diri mereka itu oleh pihak ibu bapa dan guru. Pemikiran rasional ini akan
menjadikan remaja tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya,
43 | P a g e

