Page 44 - KARANGAN
P. 44
undang-undang, dan perasaan pihak lain di negara ini. Akibatnya, suasana harmoni di
negara ini akan terus wujud kerana rakyat kita mampu untuk menyelesaikan semua kemelut
yang berbangkit secara rasional dan mengikut fakta yang sahih itu.
Natijahnya, semua kemahiran yang dihuraikan tadi perlulah dimiliki oleh remaja kita tanpa
banyak dalih pula. Pihak ibu bapa dan sekolah perlulah merangka pelbagai aktiviti yang
bersesuaian supaya generasi muda itu menerima latihan yang betul untuk menguasai
semua kemahiran itu. Kegagalan kita sebagai masyarakat untuk menyediakan remaja dalam
mengharungi cabaran hidup masa depan merupakan satu kesalahan yang sukar untuk
dimaafkan. Bak kata pepatah pemuda harapan negara, pemudi tiang negara yang
membuktikan betapa tingginya harapan masyarakat terhadap kemampuan remaja kita untuk
meneruskan perjuangan memajukan negara ini menjadi sebuah negara moden kelak.
44 | P a g e

