Page 45 - KARANGAN
P. 45
ESEI 1 : PERSEDIAAN SEBELUM MENCEBURI KERJAYA MENCABAR DAN BERISIKO
Soalan:
Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, persediaan
awal amat penting sebelum anda menceburi bidang pekerjaan tersebut. Bincangkan
persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.
Era penyejagatan pada masa ini semakin hari semakin berkembang pesat ekoran sikap
manusia yang sentiasa berusaha untuk mencapai dan mendominasi kejayaan dalam
kehidupan. Manusia juga sanggup melakukan apa-apa sahaja tanpa berputus asa untuk
memperoleh kejayaan, bak kata pepatah Melayu, genggam bara api biar sampai jadi arang.
Saya meminati sesuatu bidang kerjaya yang amat mencabar dan berisiko. Oleh itu,
persediaan awal adalah amat penting sebelum saya dapat menceburi bidang pekerjaan ini.
Saya perlulah melakukan beberapa persediaan yang sewajarnya kerana yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Persediaan yang afdal yang wajar saya lakukan termasuklah melengkapkan diri saya
dengan kemahiran insaniah yang meliputi beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi,
mempunyai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja
berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran
insaniah sangat penting untuk melahirkan modal insan yang kamil dan yakin untuk
berhadapan dengan sebarang cabaran yang mendatang. Sebagai contoh, semasa berada
di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah menggunakan peluang yang ada
untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan. Hal
ini adalah kerana kemahiran insaniah dapat mempersiapkan diri saya dengan kemahiran
yang boleh diaplikasikan pada masa hadapan terutamanya semasa berada dalam alam
pekerjaan. Oleh itu, usaha untuk memiliki kemahiran insaniah amat penting agar saya dapat
berkecimpung dalam bidang yang saya minati itu.
Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi kerana
saya merupakan golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian
mencabar ini. Sesungguhnya remaja di Malaysia amat berbeza dengan remaja di negara
lain. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari sejak kecil lagi manakala remaja di
negara kita masih ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka lebih
matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada remaja di negara kita. Menyedari
hakikat ini, saya perlu kental dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan
pelbagai rintangan. Sebagai contoh, Abraham Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan
besar dalam bidang politik sebelum beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang
ke-16 pada usia 51. Kecekalan Abraham Lincoln ini perlu saya contohi kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Saya juga mesti membekalkan diri saya dengan semangat
juang yang tinggi untuk mencapai matlamat saya. Saya perlu berupaya untuk menghasilkan
teknologi dan robotik yang setanding dengan remaja yang lain. Jelaslah membuktikan
bahawa seseorang yang ingin mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi perlulah
memiliki daya saing yang tinggi.
Selain itu, saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang
45 | P a g e

