Page 46 - KARANGAN
P. 46
pekerjaan yang bakal saya ceburi itu. Hal ini adalah kerana ketinggian ilmu yang saya miliki
dapat memastikan jati diri saya tidak mudah rapuh. Sejak kecil lagi, rakyat Jepun telah
didedahkan dengan amalan membaca kerana mereka percaya bahawa membaca itu
jambatan ilmu. Hanya dengan membaca, mereka berupaya memajukan negaran mereka
dengan pelbagai teknologi moden yang canggih. Jadi, saya perlu banyak membaca buku-
buku yang berkaitan dengan bidang yang saya minati. Saya percaya bahawa ilmu
pengetahuan yang tinggi mampu mematangkan saya untuk mengatur setiap langkah
kehidupan. Sememangnya pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari
keesokan. Oleh hal yang demikian, saya perlulah meningkatkan pengetahuan dan
keyakinan saya bagi merealisasikan impian saya untuk menceburi bidang kerjaya yang
mencabar dan berisiko.
Seperkara lagi, saya perlulah sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa. Saya tidak
mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini adalah supaya saya lebih peka
terhadap masalah yang kian menular seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan sama
ada di negara kita atau di luar negara. Dewasa ini, banyak jenayah yang berlaku di negara
kita. Sebagai contoh, kes pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan dan rakan-
rakannya yang telah dibunuh tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih
berhati-hati dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini terutamanya ketika
menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan berisiko. Jadi, saya mestilah memiliki
semangat inkuiri yang kuat dan tinggi supaya saya sentiasa lebih sensitif dan peka terhadap
isu-isu yang berlaku di sekeliling saya. Hal ini dapat dicapai sekiranya saya rajin membaca
surat khabar dan melayari internet untuk mengetahui isu-isu semasa. Dengan cara ini, saya
berupaya untuk menangkis sebarang cabaran ketika saya bekerja dalam dunia pekerjaan
yang berisiko dan mencabar.
Persediaan yang seterusnya ialah saya perlu mempunyai minda yang kreatif dan inovatif.
Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani
melakukan anjakan paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani cabaran
semasa. Sebagai seorang pelajar, kejayaan akademik memang merupakan satu
kepentingan untuk berjaya dalam kehidupan tetapi tidak dapat disangkalkan juga bahawa
mempunyai nilai tambah diri seperti nilai kepimpinan dan berfikir secara kreatif serta kritis
juga signifikan untuk berjaya dalam kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh itu, pemikiran
saya yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal saya tempuhi
kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga dapat mengemukakan idea-idea yang
bernas yang dapat meningkatkan kualiti kerja saya kelak. Tuntasnya, kemampuan untuk
berfikir secara kreatif dan inovatif dapat membantu saya ketika melibatkan diri dalam kerjaya
yang saya idamkan.
Konklusinya, persediaan-persediaan inilah yang wajar saya lakukan sebagai prasyarat untuk
mencapai kejayaan dalam pekerjaan saya nanti. Oleh itu, saya perlulah menitikberatkan
kemajuan diri saya dalam semua aspek sama ada dalam aspek jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial. Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala dugaan yang
mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa.
46 | P a g e

