Page 13 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 13

58.  Nyatakan 4 bidang kuasa Dewan Rakyat
                            -   Membahaskan hal rakyat dan dasar negara
                            -   Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan
                            -   Menggubal dan meluluskan undang-undang Persekutuan
                            -   Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan
                            -   Menolak atau melulus undang-undang pindaan Akta atau Perlembagaan Persekutuan

                         59.  Nyatakan 4 fungsi Parlimen.
                            -   Membahas/menggubal/meminda undang-undang persekutuan.
                            -   Membentang, membahas dan meluluskan bajet negara
                            -   Membahas/membincang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
                            -   Memeriksa dan menyemak dasar-dasar kerajaan
                            -   Meluluskan hasil-hasil cukai baru
                            -   Mengawal kewangan kerajaan

                         60.  Nyatakan 4 jawatankuasa Dewan Rakyat
                            -   Jawatankuasa Pemilihan
                            -   Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara/Jawatankuasa Akaun Awam (PAC)
                            -   Jawatankuasa Dewan
                            -   Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
                            -   Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

                         61.  Jelaskan 2 fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)
                            -   Memastikan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen diuruskan dengan baik
                            -   Membuat teguran dan cadangan tentang pengurusan akaun awam berdasarkan laporan Ketua
                                Audit Negara

                         62.  Huraikan 2 jenis rang undang-undang
                            -   Rang Undang-undang Awam / Kerajaan - Rang undang-undang yang dibentang oleh ahli
                                kabinet bagi pihak kerajaan. Ia berkaitan dengan dasar-dasar negara dan kepentingan rakyat
                            -   Rang Undang-undang Persendirian - Melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan.
                                Ia tidak melibatkan seluruh rakyat
                            -   Rang Undang-undang Ahli Persendirian - Dibentangkan oleh mana-mana ahli Dewan Rakyat
                                dan bukan ahli kabinet. Rang undang-undang ini meliput seluruh rakyat atau pihat-pihak tertentu
                                sahaja
                            -   Rang Undang-undang Hibrid - Ia adalah rang undang-undang yang pelbagai dan dikemukakan
                                oleh samada ahli kerajaan atau bukan kerajaan yang pada pandangan Yang di-Pertua Dewan
                                mempunyai kepentingan tertentu

                         63.  Nyatakan 3 sebab luar jangka yang membolehkan pilihan raya kecil dilangsungkan.
                            -   Ahli dewan meninggal dunia
                            -   Ahli dewan meletakkan jawatan
                            -   Ahli dewan hilang kelayakan seperti muflis, tidak sempurna akal dll
                            -   Ahli dewan dibatalkan kemenangannya oleh mahkamah
                         64.  Nyatakan 3 elemen penting dalam memulakan persidangan pertama Parlimen.
                            -   Yang di-Pertuan Agong
                            -   Yang di-Pertua Dewan Rakyat
                            -   Ahli Dewan Rakyat
                         65.  Terangkan 2 keadaan yang menunjukkan kuasa Dewan Rakyat lebih banyak berbanding Dewan
                            Negara.
                            -   Rang undang-undang perbekalan dan kewangan mestilah dikemukakan di Dewan Rakyat
                                terlebih dahulu
                            -   Rang undang-undang yang telah dilulus di Dewan Rakyat tidak boleh ditolak dan dipinda oleh
                                Dewan Negara
                         66.  Nyatakan 4 sebab seseorang ahli parlimen hilang kelayakan.
                            -   Dia didapati tidak sempurna akal
                            -   Dia diistiytiharkan bankrap/ muflis
                            -   Dia memegang jawatan berpendapatan tetap
                            -   Dia tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya (DR sahaja) kepada Suruhanjaya
                                Pilihan raya dalam tempoh 31 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan

                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18