Page 70 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 70
PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN
4.1 PENGENALAN
Pencapaian pelaksanaan inisiatif strategik diukur dari semasa ke semasa bagi menjamin
objektif strategik dalam pengurusan dan pembangunan pelajar tercapai dengan jayanya. Untuk
tujuan tersebut, item ukuran yang mengambil kira petunjuk prestasi utama (KPI) universiti dan
fakulti dijadikan kayu pengukur utama bagi menentukan tahap pencapaian FPN. Pelbagai data
yang bersesuaian dikumpul secara berkala bagi tujuan penilaian dan analisa. Seterusnya, hasil
analisa akan digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan berterusan. Di
samping itu, data tersebut turut digunakan sebagai asas untuk tujuan memberi penghargaan
kepada pelanggan FPN terutamanya pelajar dan pensyarah.
4.2 ITEM UKURAN, DATA DAN KEKERAPAN ANALISA DATA
Pelbagai item ukuran digunakan untuk mengukur pencapaian FPN bagi memastikan kualiti
pengurusan dan pembangunan pelajar terjamin. Bagi tujuan tersebut FPN telah menetapkan
KPI yang bersesuaian bagi mengukur pencapaian pengurusan dan pembangunan intelektual,
kepimpinan, rohani dan kebajikan. KPI yang ditetapkan juga memasukkan KPI universiti yang
telah ditentukan oleh pihak CSPI. Di samping itu, sasaran negara dan pihak berkepentingan
seperti badan profesional juga diambil kira dalam mengukur pencapaian prestasi pelajar. Item
ukuran ini dikumpul dari semasa ke semasa untuk diukur pencapaian semasa. Pengumpulan
data dilakukan secara sistematik seperti di Lampiran 4.1 (carta alir prosedur pengurusan data)
mengikut prosedur analisa data oleh pegawai bertanggungjawab bagi setiap bahagian utama
FPN yang terdiri daripada koordinator, pegawai dokumen dan juga pembantu tadbir. Jadual 4.1
menunjukkan item ukuran, data yang digunakan dan kekerapan analisa data bagi pengukuran
prestasi FPN.
Jadual 4.1: Item Ukuran, Data Yang Digunakan Dan Kekerapan Analisa Data
27

