Page 72 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 72

4.3 PEMANTAUAN PENCAPAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN PRESTASI
               Pemantauan  pencapaian  dilaksanakan  secara  berkala  dan  berperingkat  mengikut  kekerapan
               analisa data yang telah ditetapkan. Proses pemantauan item ukuran dimulakan oleh pegawai
               bertanggungjawab  yang  terdiri  daripada  koordinator,  penyelaras,  penasihat  dan  AJK  yang
               dilantik  dengan  menyediakan  laporan  status  pencapaian  program  dibawah  seliaan  masing
               masing.  Dengan menggunakan data yang terkumpul, perbandingan dibuat diantara pencapaian
               semasa  dengan  pencapaian  pada  semester  yang  lepas  dan  juga  penetapan  pencapaian
               semasa.

               Analisa  pencapaian  seterusnya  disemak  oleh ketua  bahagian  yang  terdiri  daripada  Timbalan
               Dekan  dan  Timbalan  Pendaftar  Kanan  bagi  mengenalpasti  kelemahan  untuk  tujuan
               penambahbaikan.  Antara  mekanisma  penambahbaikan  termasuk  melantik  pegawai
               bertanggungawab  untuk  membuat  pemantauan  lanjutan  dan  penyediaan  pelaporan  status
               pencapaian. Pelaporan status pencapaian yang disediakan ini akan dibentangkan oleh ketua
               bahagian kepada kepimpinan tertinggi dalam saluran pelaporan tertentu seperti mesyuarat JAF,
               MKSP  dan  MPE  bagi  tujuan  pemantauan  pencapaian,  dan  seterusnya  membincangkan
               tindakan penambahbaikan prestasi bagi keseluruhan fakulti.

               Pemantauan pencapaian juga dilakukan oleh unit kualiti dan unit perancangan strategik fakulti.
               Laporan pencapaian objektif kualiti, dapatan audit dalam dan status pencapaian sasaran CSPI
               turut dibentangkan bagi mengesahkan semakan terhadap perlaksanaan dan pencapaian fakulti.
               Secara  keseluruhan,  dengan  terlaksananya  pemantauan  pencapaian  dan  penambaikan
               prestasi yang sistematik di FPN dapat membantu pencapaian KPI UiTM dan KPI fakulti dengan
               lebih efektif. Secara tidak langsung, pencapaian dalam pembangunan intelektual, kepimpinan,
               rohani  dan  kebajikan  pelajar  serta  kepuasan  hati  pelanggan  dapat  dipastikan  dengan  lebih
               berkesan.  Gambarajah  4.1  yang  berikut  menunjukkan  contoh  proses  alir  berkenaan
               pemantauan pencapaian dan penambahbaikan prestasi.



























                           Gambarajah 4.1: Proses Pemantauan Dan Penambaikan Bagi Analisa Data







                                                             29
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77